Top 10 Tempat Lepak Menarik di Lembah Klang | 2025

Lepak di 10 tempat lepak menarik di Lembah Klang bersama rakan-rakan anda.


2025-08-27

By Siti
Top 10 Tempat Lepak Menarik di Lembah Klang | 2025

Tak tahu di mana nak lepak dengan kawan-kawan? Kami senaraikan di sini 10 tempat lepak menarik di Lembah Klang. Dari yang dikelilingi pepohon hijau hinggalah hab komuniti untuk anda berbual dan berkongsi mengenai seni dan budaya yang menyeronokkan!

1. Taman Botani Perdana

Berkeluasan lebih 90 hektar, Perdana Botanical Garden atau Taman Botani Perdana terbahagi kepada beberapa taman dengan tema berbeza. – taman formal dan blok tematik, hidupan liar dan alam semula jadi, serta tema khas dengan ciri tertentu seperti Perdana Canopy (lihat gambar di bawah). Semua taman ini tahap insta-worthy. Orang kata inilah tempat lepak yang mendamaikan, sesuai untuk angkut picnic basket anda, tikar, belon dan cupcake comel yang anda suka!

Enclave Hotel di Kuala Lumpur murah dekat MRT Pasar Seni
Sumber: Perdana Botanical Gardens – Kuala Lumpur City

Perdana Botanical Garden terletak berhampiran beberapa tempat-tempat menarik seperti KL Bird Park, Muzium Negara dan Planetarium Negara. Di taman ini jugalah terletaknya restoran milik chef terkenal, Chef Ismail iaitu Restoran Rebung yang menawarkan hidangan warisan Malaysia.

Enclave Hotel di Kuala Lumpur murah dekat MRT Pasar Seni
Sumber: Perdana Botanical Gardens – Kuala Lumpur City

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur

Masa operasi: Dibuka setiap hari, 7am – 8pm.

Pengangkutan awam: MRT ke Muzium Negara, bas RapidKL, Grab

Google Map Perdana Botanical Garden

2. Putrajaya Parks

Putrajaya ada 13 taman di dalamnya. Susah nak pilih taman yang mana satu untuk dimasukkan dalam senarai ini kerana Putrajaya dibina sebagai bandar dalam taman. Taman-taman ini menjadi pilihan ramai untuk beraktiviti atau sekurang-kurangnya berkelah dan lepak dengan rakan-rakan.

Taman Saujana Hijau, Taman Botani Putrajaya dan Taman Wetland adalah di antara yang selalu menerima ramai pengunjung terutamanya semasa hujung minggu.

Sumber: Malaysia Travel

Setiap taman mempunyai ciri-ciri tersendiri. Contohnya, Taman Saujana Hijau mengelilingi 3 bukit di mana setiap bukit mempunyai landskap yang berbeza. Taman Botani pula pernah menerima anugerah Asia’s Most Amazing Garden. Antara tarikannya ialah Moroccan Pavilion Islamic Garden yang menjadi lokasi ramai untuk bergambar.

Sumber: Malaysia Travel

Alamat: Putrajaya

Masa operasi: Dibuka setiap hari, 7am-7pm

Pengangkutan awam: MRT / ERL ke Putrajaya sebelum menaiki bas untuk ke taman-taman.

Google Map ke Taman Saujana Hijau

Google Map ke Taman Botani Putrajaya

Google Map ke Taman Wetland

3. KLCC Park

Terletak bersebelahan Menara Berkembar Petronas, KLCC Park adalah taman urban gabungan elemen senibina dengan alam semula jadi. Maka terhasillah rekaan taman dengan laluan konkrit, jambatan dan air pancut setinggi 18 meter yang dikelilingi 1900 pokok asli dan lebih 60 spesis palma di kawasan seluar 50 ekar. Ramai pengunjung datang ke sini sama ada sekadar duduk bersantai atau berjogging atau bawa anak-anak mereka bermain.

Bintang Collectionz Hotel di Kuala Lumpur dekat MRT Bukit Bintang
Sumber: KLCC Park | Suria KLCC

Memandangkan lokasinya di sebelah Menara Berkembar Petronas, jadi tempat makan dan tempat menarik yang lain juga ada berdekatan dengan taman ini.

Alamat: Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur

Masa operasi: Dibuka setiap hari, 10am – 10pm.

Pengangkutan awam: LRT KLCC, Bas RapidKL (B103, B114), Grab/Teksi

Google Map KLCC Park

4. The Acre by Farm Fresh

Kalau nak rasa lepak di ladang ala-ala di New Zealand atau babak dalam filem fantasi muzikal Magika, ini tempatnya. Kerjasama di antara jenama produk tenusu tempatan, Farm Fresh dan Universiti Putra Malaysia, maka terhasillah untuk anda pengalaman baru yang menarik. Bersiar-siarlah di tasik dan taman bunga, lihat haiwan-haiwan comel di zoo mini dan minum sambil menikmati hijau padang rumput yang mendamaikan.

Sumber: Akaun rasmi farmfreshatupm Instagram

Farm Fresh at UPM terletak berhampiran bandar-bandar utama Putrajaya dan Cyberjaya. Jadi, selepas lepak di sini, boleh teruskan perjalanan ke bandar-bandar tersebut untuk satu lagi trip lepak anda.

Sumber: Akaun rasmi farmfreshatupm Instagram

Alamat: Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor

Masa operasi: Isnin-Jumaat (10am-5pm), Sabtu-Ahad (9am-6pm)

Harga tiket: Dewasa RM15, kanak-kanak (4-12 tahun) dan warga emas RM10

Pengangkutan awam: MRT UPM, Grab/Teksi

Google Map Farm Fresh at UPM

5. RexKL

Kalau anda cari tempat lepak yang meriah, ini tempatnya. RexKL asalnya ialah pawagam pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1947 dan pernah dikendalikan oleh nama terkemuka dalam industri perfileman, Shaw Brothers. Kini ia diubahsuai tanpa menghilangkan nilai sejarahnya menjadi hab komuniti dan budaya yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Sumber: RexKL

Ini tempat lepak yang cool sebab banyak perkara yang anda boleh buat di sini – makan, baca buku, sertai bengkel dan pameran, tengok persembahan live dan banyak lagi. Semuanya dalam satu tempat!

Sumber: RexKL

Alamat: 80, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur,

Masa operasi: Isnin-Khamis (830am-10pm), Jumaat-Ahad (830am-12am)

Pengangkutan awam: LRT atau MRT ke Pasar Seni, bas dan Grab/teksi

Google Map ke RexKL

Cadangan Untuk Anda: Hotel Mewah di Kuala Lumpur | Hotel daycation dibawah RM200

6. Kwai Chai Hong

Rumah kedai dari zaman sebelum perang ini masih memiliki dekorasi klasik yang mengimbau zaman 1960annya. Kwai Chai Hong atau Lorong Budak Hantu suatu masa dulu adalah lorong gelap. Nama Lorong Budak Hantu adalah daripada dialek Kantonis yang merujuk kepada mereka yang tinggal dan berkumpul di kawasan itu.

Sekarang, selepas berpuluh tahun, Kwai Chai Hong berubah menjadi tempat berkumpulnya peminat seni jalanan dan mereka yang suka merakam foto kenangan yang tampak klasik. Mural dan karya seni yang berwarna-warni serta restoran yang menawarkan hidangan tempatan, betul-betul menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Sumber: Kwai Chai Hong 鬼仔巷

Ada banyak restoran dan kafe di sini. Cuma, untuk muslim, hanya ada kafe muslim-friendly iaitu Bubble Bee Cafe. Kalau masih ragu-ragu, masih ada banyak restoran dan kafe dengan sijil halal di sekitarnya.

Sumber: Kwai Chai Hong 鬼仔巷

Alamat: Kwai Chai Hong @ Lorong Panggung, 50000 Kuala Lumpur Malaysia

Masa operasi: Setiap hari (9am-12am)

Pengangkutan awam: LRT/MRT Pasar Seni, Monorel Maharajalela, Grab/teksi.

Google Map ke Kwai Chai Hong

7. Pasar Seni

Pasar Seni atau Central Market bukan nama asing di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pusat seni dan budaya ini dah wujud lama sejak tahun 1888 dan sudah pun memenangi banyak anugerah.

Ada banyak tarikan di Pasar Seni yang menjadikannya tempat sesuai untuk lepak. Ada banyak ruang seni termasuk muzium seni 3D dan sudut seni yang menampilkan karya pelukis-pelukis tempatan. Anda kena semak acara bulanan mereka juga sebab ada banyak aktiviti yang dijalankan di Pasar Seni terutamanya pada bulan tertentu seperti bulan kemerdekaan iaitu Ogos.

Corus Hotel Kuala Lumpur dekat Menara Petronas & Stesen LRT KLCC
Sumber: Central Market Kuala Lumpur

Pasar Seni berhampiran dengan tempat-tempat menarik sama ada untuk makan atau pelancongan. Cuma 5 minit berjalan kaki sahaja dari Dataran Merdeka, Petaling Street/Chinatown dan Masjid Jamek.

Sumber: Central Market Kuala Lumpur

Alamat: Lot 3.04-3.06, Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur

Masa operasi: Setiap hari (10am-10pm)

Pengangkutan: MRT/LRT Pasar Seni, KTM, Bas RapidKL (Hab Pasar Seni), GOKL City Bus (02-purple), Hop-on-hop-off (hentian bas no.17)

Google Map ke Pasar Seni

8. The Linc KL

The Linc ni sebenarnya sebuah pusat beli-belah – sesuatu yang biasa di negara kita, tapi The Linc ada sedikit twist yang membezakannya dengan yang lain. The Linc dibina dengan sebatang pokok kayu besar di tengah-tengahnya yang seolah-olah menjadi simbolnya. Kemudian, mereka tambah art installation di sekitarnya untuk menyepadukan alam semula jadi itu dengan seni. Gabungan ini menjadikan The Linc menjadi port bagi mereka yang ingin memenuhkan gambar Instagram dan yang ingin lepak dalam suasana yang sedikit meriah tapi masih rasa damai.

Sumber: The LINC KL

Ada banyak aktiviti dan acara diadakan. Malah ada ruang khas untuk semua itu. Kalau nak tambah ilmu, mereka ada ruang bermain dan belajar selain bengkel-bengkel yang mereka adakan setiap bulan. The Linc mungkin tidak sebesar mall yang lain tapi cukup padat dengan keperluan lepak anda dan lebih menarik berbanding sesetengah tempat yang lain.

Sumber: The LINC KL

Alamat: 360, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Masa operasi: Setiap hari (9am-6pm)

Pengangkutan awam: LRT/MRT ke Ampang Park, bas Go KL, Grab, AirAsia Ride

Google Map ke The Linc

Lagi Artikel Menarik: 10 Tempat Sarapan Menarik

9. The Gasket Alley

Peminat motorsikal berkuasa tinggi dan kereta vintaj, sila berkumpul di sini! Ya, ini tempat lepak geng-geng Harley Davidson. Tapi tak bermakna anda tak boleh masuk ke tempat ini.

The Gasket Alley ada 3 ruang khas untuk konsert mini, pameran dan festival, serta ruang untuk aktiviti komuniti termasuk berkaitan kesihatan dan kreativiti. Semua ini terbuka kepada orang awam. Mereka juga siap dengan restoran jadi anda sentiasa kenyang semasa lepak di sini.

Sumber: The Gasket Alley

Selain kedai-kedai yang sudah menjadi ‘residen’ di situ, ruang trendy gaya industri bata dan mortar mereka sentiasa sibuk dengan pelbagai acara. Boleh semak lawan web The Gasket Alley dan sertai pelbagai aktiviti yang mereka adakan atau santai-santai sahaja dengan kawan-kawan sambil mendengar muzik live.

Sumber: The Gasket Alley

Alamat: Lot 15, Jalan 13/6, Section 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Masa operasi: Setiap hari (8am-12am)

Pengangkutan awam: MRT/LRT Asia Jaya

Google Map ke The Gasket Alley

10. River of Life

River of Life ialah projek seluas 781 hektar bagi memulihkan Sungai Klang dan Gombak supaya ia bersih dan sesuai untuk hidupan di sepanjang sungai tersebut. Projek yang bermula pada tahun 2011 ini mengubah sungai yang dahulunya kotor menjadi ruang yang dikunjungi ramai orang untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Memulakan pagi dengan pemandangan sungai yang berkabus, anda boleh berjalan, jogging, berbasikal dan berkelah di sini.

Sumber: River of Life

Sungai ini menghubungkan anda dengan pelbagai tempat lepak menarik termasuk bangunan-bangunan warisan bersejarah termasuk Dataran Merdeka, Taman Tugu dan Tasik Tititwangsa. Namun, jantung projek ini ialah Kolam Biru atau Blue Pool yang menjadi titik pertemuan Sungai Klang dan Gombak. Sungai berkabus diterangi cahaya biru menyerlahkan keindahan Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad berhampirannya. Sekaligus menarik perhatian ramai pelancong. Ambil juga gambar-gambar cantik berlatarbelakangkan mural gergasi berwarna-warni pada bangunan-bangunan berhampiran.

Sumber: River of Life

Alamat: Jalan Benteng, 50050 Kuala Lumpur

Masa operasi: Setiap pagi (6am-12am)

Pengangkutan: LRT/MRT, bas, Grab/Teksi

Google Map ke River of Life

Banyak tempat lepak yang menarik untuk anda melawat di Lembah Klang. Apa yang Flow admin senaraikan di sini hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Jika anda belum pergi ke tempat-tempat lepak ini, kami cadangkan anda cuba lepak dengan kawan-kawan anda di sana pada hujung minggu ini.

Flow juga ada senarai hotel mewah di KL yang anda boleh bayar mengikut jam. Klik hotel mewah di KL ikut jam sekarang !


Ulasan dan cadangan kami adalah jujur ​​dan tidak dipengaruhi oleh pampasan atau tajaan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kami tidak menerima bayaran atau produk percuma untuk ulasan positif. Sebarang pampasan atau produk yang diterima untuk semakan akan didedahkan dalam siaran yang berkaitan.


FAQs

Adakah saya perlu membayar untuk masuk ke semua tempat lepak ini?

Masuk ke semua tempat lepak ini adalah percuma kecuali The Acre by Farm Fresh, tapi aktiviti atau penggunaan fasiliti tertentu seperti di dalam taman mungkin memerlukan pembayaran.

Bolehkah saya pergi dengan pengangkutan awam?

Ya, boleh! Flow admin telah masukkan jenis pengangkutan awam yang anda boleh gunakan untuk ke tempat-tempat lepak dalam senarai ini. Tapi, taman-taman di Putrajaya lebih mudah diakses dengan kereta sendiri/sewa.


Kongsi artikel ini

Muat Turun Flow


app banner 1
Lihat lagi
Terokai Daycation di Malaysia
Tentang Flow
Terms of Use
Kaedah Pembayaran
apple pay
google pay
visa
atome
paynow
touch n go
duitnow
alipay hk
payme
discover
maestro
seven eleven
master
jcb
octopus
wechat pay
diners club
amex
union pay
tap & go
Copyright 2025
Flow Entertainment Technology Sdn Bhd (Reg. No.: 202101024998). All rights reserved.