Daycation di 12 Hotel Bawah RM200 di Kuala Lumpur & Petaling Jaya
Nikmati daycation di hotel bawah RM200 di Kuala Lumpur & Petaling Jaya! Dari bilik luas ke kolam renang cantik, ini senarai 12 hotel selesa untuk rehat sekejap tanpa perlu bermalam. Lokasi strategik, bajet mesra poket!
2025-06-23
By Siti
Mahu daycation tapi tak nak belanja besar? Ini adalah senarai 12 hotel bawah RM200 di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang sesuai untuk rehat singkat, tanpa perlu menginap semalam. Sama ada untuk bersantai, hilangkan stres atau sambut hari istimewa, pilihan daycation ini dijamin selesa dan mudah diakses!
Kami pilihkan untuk anda penginapan yang selesa, mesra poket dan dekat dengan pengangkutan awam. Tak perlu berbelanja besar untuk dapatkan waktu rehat yang terbaik.
Kandungan
1. Oakwood Hotel & Residence
Daycation tapi rasa seperti di rumah? Kalau anda nak bilik yang luas dan lengkap pada harga bajet, ini tempatnya. Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur memang terkenal dengan ciri-ciri itu. Sesetengah bilik ada dapur kecil dan ruang tamunya sendiri yang akan buat anda rasa seperti berada di rumah.

Lokasi Oakwood sangat baik – dekat dengan tempat menarik di Kuala Lumpur tapi masih cukup jauh untuk pengunjung dapatkan rehat yang aman. Hotel ini terletak kira-kira 1km dari Suria KLCC and Petronas Twin Towers. Nak shopping atau ambil gambar dengan menara tertinggi dunia itu sangat senang. Jarak dengan Pavillion dan Jalan Alor pun cuma 8km atau kira-kira 8 minit jika menaiki kenderaan. Dari kawasan Pavillion, boleh naik MRT dan Monorel Bukit Bintang untuk bergerak ke tempat-tempat yang lain juga.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 222, Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar, pusat kecergasan, wifi percuma
Kadar Harga: Dari RM100 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Deluxe, Apartmen Deluxe
2. Trillion Suites Hotel
Satu lagi pilihan yang menyamai Hotel Oakwood. Di sini anda juga dapat bilik luas dengan keperluan bilik yang cukup dan selesa. Trillion Suites juga ada kolam renang luar dengan restoran sendiri.

Jarak hotel ini dari kawasan tarikan pelancong hanyalah 1 hingga 2km sahaja. Jadi anda boleh bersiar-siar di Menara Berkembar Petronas, KL Eco Park dan Menara Kuala Lumpur.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: Trillion Suites by SLG, Block A, KL Trillion, 338 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Kemudahan: kolam renang luar, pusat kecergasan, sauna
Kadar Harga: Dari RM160 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Co-Suites

3. Bintang Collectionz Hotel
Hotel ini datang dengan sejarah menarik. Ia adalah bangunan prakolonial berusia 95 tahun yang dipulihkan dan diubahsuai menjadi sebuah hotel. Bintang Collectionz masih mengekalkan warisan dan menghiasnya dengan sentuhan moden. Betul-betul berikan anda vibe yang berbeza bila anda pilih untuk daycation di sini.

Terletak di kawasan Segitiga Emas, Bintang Collectionz hampir dengan semua tarikan pelancongan di Bukit Bintang. Nak makan? Nak live music? Nak shopping? Semuanya ada di sini. Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor, ini sangat dekat dengan anda. MRT Bukit Bintang pun hanya 2 minit berjalan kaki dari hotel ini.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 68, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kemudahan: Restoran, Wifi percuma
Kadar Harga: Dari RM128 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Classic
4. STEG Kuala Lumpur
Hiasan bilik hotel ini ringkas tapi lengkap dengan keperluan dan cukup selesa untuk anda berehat atau hilangkan stres atau apa sahaja yang anda perlukan daripada daycation anda. Kalau tak nak duduk di bilik, boleh bersantai di kolam ikonik warna merah mereka yang dinamakan The Red Pool. Sunyi dan damai, anda boleh dapatkannya di sini.

Tahu tak STEG juga ada Lorong Puisi iaitu dinding belakang dan tepi hotel yang dilukis dengan mural berwarna-warni jadi anda boleh ambil gambar Insta di situ.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 51, Jalan Tiong Nam, Off, Jln Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM150 untuk 6 Jam
Tawaran Bilik di Flow: Swanky, Ritzy, Groovy
5. Oasia Suites KL
Oasia Suites terletak bersebelahan Eco Forest Eco Park. Suasana yang tenang sesuai untuk yang perlukan rehat di tengah kesibukan kerja atau sekadar persinggahan singkat. Bilik yang selesa dengan dapur kecil, kolam renang luar diserikan pemandangan indah dan ruang kerja dalam bilik, semua tersedia untuk setiap keperluan.

Tapi itu tak bermakna tiada ‘life‘ lain di sini. Tempat tarikan pelancong ada di sekelilingnya. Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Taman KLCC, Pavilion dan Aquaria, semuanya tak jauh dari hotel ini. Jadi boleh berjalan kaki sambil menikmati pemandangan.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: No. 10, Lorong P Ramlee, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Kemudahan: Kolam renang luar, pusat kecergasan, bilik mesyuarat
Kadar Harga: Dari RM112 untuk 2 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Superior
6. Dorsett Kuala Lumpur
Kalau nak daycation ataupun berehat dalam suasana moden dan mewah, Dorsett Kuala Lumpur sesuai untuk anda. Biliknya nyaman dan selesa, kolam renang cantik yang sesuai untuk bersantai dan pemandangan langit menenangkan. Hotel ini betul-betul sesuai untuk semua jenis traveler termasuk anda yang perlukan daycation.

Jarak dengan Pavilion Bukit Bintang cuma beberapa langkah sahaja. Disebabkan oleh lokasinya yang strategik, senang untuk jumpa restoran dan kafe di sekelilingnya. Jadi, makan bukan masalah.

Penilaian Hotel: 5 ⭐️
Alamat: 172, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang, gimnasium
Kadar Harga: Dari RM180 untuk 6 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Dorsett
7. Royal Chulan Damansara
Bilik hotel Royale Chulan Damansara ini dilengkapi dengan katil yang besar dan selesa, meja eksekutif, bar mini, tv dan wifi percuma. Di luar ada kolam renang dan akses terus ke The Curve, pusat beli-belah IPC, IKEA dan Kidzania dan banyak restoran serta kafe, menjadikan hotel ini sesuai untuk mereka yang datang secara solo, berpasangan atau bersama anak-anak sebab semuanya ada di sini untuk semua peringkat umur.

Selain pengangkutan awam yang biasa, hotel ini turut dihubungkan dengan laluan ke stesen MRT Mutiara Damansara. Jadi, anda boleh bergerak ke mana-mana dengan mudah.

Penilaian Hotel: 5 ⭐️
Alamat: 2, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia
Kemudahan: Kolam renang, pusat kecergasan, spa/sauna
Kadar Harga: Dari RM115 untuk 7 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Superior, Deluxe
8. Eastin Kuala Lumpur
Eastin memberikan anda ruang yang selesa dan santai di tengah-tengah kesibukan kawasan hiburan dan beli-belah di Kuala Lumpur. Eastin ada spa dan salon 24 jam, serta kolam renang luar untuk dewasa dan kanak-kanak yang dikelilingi pepohon hijau. Pada harga di bawah RM200, hotel ini ideal untuk tidur yang nyenyak, work from hotel dan sesi recharge.

Pengangkutan bukan masalah. Selain pengangkutan awam, ada stesen MRT yang dekat dengan hotel ini. Jarak Eastin dengan Stesen MRT Phileo Damansara cuma 5 minit berjalan kaki sahaja. Kalau anda memandu, 5 minit perjalanan dah sampai ke Mid Valley Megamall dan kira-kira 25 minit untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Penilaian Hotel: 5⭐️
Alamat: 13 Jalan 16/11, 46350, Petaling Jaya, Selangor
Kemudahan: Kolam renang luar untuk dewasa dan kanak-kanak, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM195 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Deluxe
9. AnCasa Hotel Kuala Lumpur
Anda hanya perlukan sedikit masa untuk lari dari urusan harian yang memenatkan. Hilangkan semua keletihan itu di AnCasa Hotel. Kalau perlukan ruang bersama anak-anak, bawalah mereka bermain di kolam renang yang disediakan khas untuk usia mereka.

Tiba masa untuk bersiar-siar, boleh ke Petaling Street dan Pasar Seni. Banyak yang anda nak tengok dan nak beli. Jaraknya tak jauh. Cuma 3 hingga 5 minit sahaja jika berjalan kaki.

Penilaian Hotel: 4⭐️
Alamat: Jalan Tun Tan Cheng Lock (Off Jalan Bukit Bintang), Chinatown, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Kemudahan: Kolam renang luar (dewasa dan kanak-kanak), pusat kecergasan, spa, sauna dan salon
Kadar Harga: Dari RM110 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Superior, Deluxe
10. Hotel Royal Signature
Hotel Royal Signature hanya beberapa langkah dari Jalan Alor, Berjaya Times Square, Pavilion dan stesen Monorel Bukit Bintang. Berada di kawasan hiburan yang sibuk, tinggal di hotel ini bukan sahaja memudahkan anda cuba pelbagai makanan, tapi anda juga boleh membeli-belah atau relaks di mana-mana kafe.

Segarkan badan atau minum jus sambil membaca buku kegemaran anda di tepi kolam renang luar. Sekali-sekali rehatkan minda dengan melihat pemandangan Menara 118 yang tampak gah sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia. Kalau nak berehat di dalam bilik sahaja pun tak ada masalah. Biliknya luas dan kalis bunyi. Boleh tonton TV atau Netflix atau lelapkan sahaja mata dan tidur sepuas-puasnya di atas katil yang empuk.

Penilaian Hotel: 5 ⭐️
Alamat: 17-21, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang, pusat kecergasan, bilik mesyuarat
Kadar Harga: Dari RM176 untuk 6 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Superior, Deluxe
11. Hotel Maya
Luas dan bergaya dalam hiasan moden. Hotel Maya ada kolam renang hidroterapi separa luar. Maksudnya anda bukan sekadar berenang di dalam kolam, tapi pancutan airnya menyasarkan leher, bahu dan tubuh anda supaya anda rasa lebih relaks dan segar semula. Berita baik untuk ibu bapa yang bawa anak-anak – ada ruang permainan kanak-kanak disedikan di sini.

Sepertimana hotel lain di sekitar Kuala Lumpur, lokasi Hotel Maya juga tak jauh dari tempat tarikan pelancong termasuk tempat makan, membeli-belah dan bangunan ikonik Kuala Lumpur. Jarak dengan semua tempat ini termasuk LRT (KLCC) dan Monorel (Bukit Nanas) tidak sampai 10 minit.

Penilaian Hotel: 4⭐️
Alamat: No. 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang hidroterapi, pusat kecergasan, bilik permainan kanak-kanak
Kadar Harga: Dari RM115 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Deluxe, Heritage
12. Micasa All Suites
Ada banyak sebab untuk suka hotel ini. Bilik studio yang luas dihias dalam gaya seni Barat dan Asia selalu mendapat pujian tetamu yang puas dengan keselesaan seluruh ruangnya. Tambah menarik, Micasa ada kolam renang luar air masin menenangkan yang menggunakan sistem penurasan mesra alam. Suasana hotel ini lebih relaks seperti di rumah.

Micasa dikelilingi kafe, tempat makan dan pasaraya. Jadi, tak susah untuk dapatkan makanan atau snek. Selain Grab, MRT dan LRT terdekat ialah Stesen Persiaran KLCC dan Ampang Park. Jadi, terokailah Kuala Lumpur sepenuhnya.

Penilaian Hotel: 5⭐️
Alamat: 368B, Jalan Tun Razak, KLCC, 50400 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar (air masin), pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM165 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Studio
Sama ada anda pengembara yang sekadar berhenti untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan, karyawan bebas yang mencari ruang kerja berbeza atau ingin lari dari dunia yang sibuk dan meletihkan untuk rehat yang singkat, semua hotel ini adalah gabungan keselesaan dan nilai pada harga premium. Cari bilik-bilik terbaik di bawah RM200 di Flow untuk daycation berkualiti anda. Klik di sini sekarang!
Our reviews and recommendations are honest and not influenced by compensation or sponsorship. Unless stated otherwise, we do not receive payment or free products for positive reviews. Any compensation or products received for reviews will be disclosed in the relevant post.
FAQs
Bolehkah saya pilih masa dan tempoh penginapan mengikut jam untuk hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya?
Ada beberapa slot dalam sehari yang anda boleh pilih. Setiap slot ada masa dan tempoh penginapan serta harga yang berbeza mengikut kesesuaian anda.
Adakah saya boleh menggunakan semua kemudahan jika menempah bilik mengikut jam?
Ya, boleh. Kadar jam di hotel mewah terutama di Bukit Bintang biasanya termasuk akses kepada semua kemudahan sepanjang berada di sana. Bar, restoran dan spa masih boleh diakses walaupun tempoh penginapan anda tamat kerana cajnya berasingan daripada penginapan hotel.
Find Hourly Hotels in Kuala Lumpur
q=Kuala Lumpur&f_book_type=hour,session
Kongsi artikel ini