7 Hotel Mewah di Kuala Lumpur yang menawar sesi jam [2025] : Save senarai hari ini!
Menikmati pengalaman di hotel mewah yang luar biasa dengan Flow.
2025-08-01
By Choi Yan![7 Hotel Mewah di Kuala Lumpur yang menawar sesi jam [2025] : Save senarai hari ini!](https://cms.flowtheroom.com/wp-content/uploads/2025/08/hotel-mewah.png?w=3840&q=75)
Sebelum kami bermula, pernahkan anda berasa ingin menempah hotel semata-mata untuk berehat. Akan tetapi, harga hotel terutama yang mempunyai 5 bintang agak tinggi kadang-kala. Apa kata jika anda diberi alternatif dimana anda boleh menempah hotel mewah dengan harga yang mesra? Sambung untuk membaca seterusnya.
Dibawah terdapat beberapa senarai hotel mewah di Kuala Lumpur dimana mereka menawarkan penginapan jangka pendek ataupun hotel sesi jam. Anda boleh menikmati daycation anda dengan harga yang mesra. Segala kemudahan dan perkhidmatan juga anda boleh menikmati. (kolam renang, gimnasium dan sebagainya)
Hotel sesi jam bermula dari 4 jam.
1. Dorsett Hartamas

Jika anda pernah ke Plaza Damas, anda pasti kenal Dorsett Hartamas. Hotel mewah yang bertaraf 4 bintang ini sesuai kepada tetamu sama ada untuk business trip ataupun melancong. Berhampiran dengan hotel mewah ini juga terdapat banyak kedai makanan. Antaranya ialah Quack, Orito KL dan Tiny Food. Tawaran restoran di Plaza Damas juga banyak. Terdapat juga beberapa kafe hipster yang boleh anda pergi mencuba.
Semua kemudahan yang sedia ada di hotel boleh anda mengguna walaupun penginapan singkat. Hotel mewah ini menawar kolam berenang dan gimnasium ya.

Hotel ini menawar sesi 8 jam. Antara jenis bilik yang ditawarkan dalam Flow:
🛏️ Superior Room
🛏️ Dorsett Room
Dorsett Hartamas ⭐️⭐️⭐️⭐️
Lokasi: 📍 Plaza Damas, D-G-8 3, No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Kadar Jam: dari RM122/8 jam
2. Melia Hotel Kuala Lumpur

Hotel mewah ini terletak amat berdekatan dengan beberapa tempat ikonik di Kuala Lumpur. Contohnya Berjaya Times Square dan Plaza LowYat. Hotel Melia Kuala Lumpur telah menjadi antara hotel pilihan tetamu kerana tempat strategisnya. Ditaraf 4 bintang, mereka menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang memenuhi keperluan semua.
Tahukah bahawa anda boleh menempah hotel mewah ini untuk penginapan singkat sementara menunggu bus ke lapangan terbang?

Selain daripada bilik yang luas dan kemas, terdapat juga faksiliti seperti kolam berenang dan gimnasium. Anda pasti mendapat ketenangan yang selesa sewaktu penginapannya.
Hotel ini menawar sesi dari 4 jam ke 8 jam. Antara jenis bilik yang ditawarkan dalam Flow:
🛏️ Melia Guest Room Twin/Double
🛏️ Level Twin/Double Room
Hotel Melia Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️
Lokasi: 📍 No. 16 Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur
Kadar Jam: dari RM168/4 jam
3. Hotel Maya Kuala Lumpur

Bandar Kuala Lumpur merupakan antara lokasi untuk merancang penginapan. Mari check out hotel mewah 5 bintang ini – Hotel Maya Kuala Lumpur.
Selain daripada tawaran lokasi yang strategis kepada tetamu, perkhidmatan dan faksiliti yang ditawarkan juga menerima kepujian.
Hotel ini bukan sahaja menawarkan bilik luas, terdapat juga kolam berenang yang memberi faedah kesihatan (hydrotherapy pool), gimnasium untuk semua dan bilik kanak-kanak. Penginapan anda mesti dijamin ketenangan yang selesa dengan kemudahan yang sedia ada.

Hotel ini menawar sesi dari 4 jam ke 10 jam. Antara jenis bilik yang ditawarkan dalam Flow:
🛏️ Heritage Twin/King Room
🛏️ Deluxe Twin/King Room
Hotel Maya Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Lokasi: 📍 No. 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur
Kadar Jam: dari RM150/7 jam
4. Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur

Seterusnya adalah hotel mewah yang terletak di Jalan Tun Razak iaitu, Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur. Lokasi hotel ini amat sesuai kepada mereka yang merancang business trip dengan ahli keluarga. Perjalanan sama ada ke KLCC ataupun ke Chinatown Kuala Lumpur pun dekat.
Terdapat kemudahan seperti kolam berenang, gimnasium, perkhidmatan Perubatan Tradisional Cina dan Pusat Fisioterapi di dalam hotel bertaraf 5 bintang ini. Untuk bayaran bagi perkhidmatan perubatan, anda boleh check dengan insurans agen anda mengenai tuntutannya.

Hotel ini menawar sesi dari 4 jam ke 11 jam. Antara jenis bilik yang ditawarkan dalam Flow:
🛏️ 1 Bedroom Studio
Micasa All Suite Hotel Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Lokasi: 📍 368B, Jalan Tun Razak, KLCC, 50400 Kuala Lumpur
Kadar Jam: dari RM166/4 jam
5. Sunway Resort Hotel

Adakah anda sering mencari/ merancang aktiviti ataupun percutian dengan pasangan anda terutama pada hujung minggu? Bagaimana dengan Daycation di Sunway Resort Hotel dimana anda boleh menikmati penginapan sementara di hotel mewah tanpa membebankan? Terletak di bandar Sunway, ia merupakan antara destinasi yang digemari oleh orang ramai disebabkan tawaran hospitaliti seperti Pusat beli-belah Sunway Pyramid, Taman Tema Sunway Lagoon dan juga pembukaan hidangan baru bertaraf dunia iaitu Gordon Ramsay Bar & Grill.

Jika anda seseorang yang suka melihat pemandangan dari bilik hotel, hotel mewah Sunway tidak akan mengecewakan. Penginapan di hotel mewah ini pasti memberi pengalaman yang amat memuaskan bagi tetamunya.
Hotel ini menawar sesi 8 jam. Antara jenis bilik yang ditawarkan dalam Flow:
🛏️ Deluxe Room
Sunway Resort Hotel ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Lokasi: 📍 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway 47500 Selangor Darul Ehsan
Kadar Jam: dari RM450/8 jam
6. Hotel Royale Chulan Damansara

Memperolehi lebih daripada 3,000 ulasan Google dengan penilaian 4.1, Hotel Royale Chulan Damansara masih digemari oleh ramai tetamu. Walaupun hotel mewah ini kelihatan tidak sebaru yang lain, ia mendapat banyak kepujian dari segi kebersihan, tawaran perkhidmatan dan kemudahan. Bilik hotel yang luas dan katil hotel yang selesa pasti menjamin kepuasan sepanjang penginapan anda.

Gimnasium ini dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang mencukupi. Kepada tetamu yang ingin bersenam dan berpeluh, boleh menikmati kemudahan tersebut.
Hotel ini menawar sesi 8 jam. Antara jenis bilik yang ditawarkan dalam Flow:
🛏️ Deluxe Room (Twin/King)
🛏️ Superior Room (Twin/King)
Hotel Royale Chulan Damansara ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Lokasi: 📍 2, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia
Kadar Jam: dari RM137/8 jam
7. AnCasa Hotel Kuala Lumpur

Apa kata anda mendapat bilik dengan pemandangan indah tanpa sebarang penambahan wang?
Setiap bilik di AnCasa Hotel Kuala Lumpur mempunyai pemandangan yang tersendiri. Bukan sahaja lokasi stategis dimana anda boleh menikmati makanan lokal, terdapat juga pelbagai tempat menarik seperti Chinatown dan Pasar Seni yang anda boleh melawat.
Lokasi hotel ini terletak bersebelahan dengan UTC Kuala Lumpur dan juga tempat-tempat ikonik seperti Pasar Seni dan Chinatown. Tawaran makanan lokal dan kafe hipster juga banyak. Anda boleh berjalan sambil meneroka makanan menarik di sekeliling.

Pemandangan seperti Menara Kuala Lumpur, bangunan Maybank dan lain-lain dapat dinikmati apabila anda berenang di kolam berenang yang sedia ada. Jika berenang bukan antara pilihan leisure anda, terdapat juga gimnasium di hotel ini.
Hotel ini menawar sesi dari 4 jam ke 8 jam. Antara jenis bilik yang ditawarkan dalam Flow:
🛏️ Deluxe Room
🛏️ Superior Room
AnCasa Hotel Kuala Lumpur ⭐️⭐️⭐️⭐️
Lokasi: 📍 Jalan Tun Tan Cheng Lock (Off Jalan Bukit Bintang), Chinatown, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Kadar Jam: dari RM99/4 jam
Dengan Flow, kami berhasrat untuk menawarkan fleksibiliti dalam tempahan kepada pengguna kami. Kebanyakkan hotel di dalam Flow App juga menawarkan tempahan flexi, pembatalan percuma, check-in early dan sebagainya.
Ulasan dan cadangan kami adalah jujur dan tidak dipengaruhi oleh pampasan atau tajaan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kami tidak menerima bayaran atau produk percuma untuk ulasan positif. Sebarang pampasan atau produk yang diterima untuk semakan akan didedahkan dalam siaran yang berkaitan.
Kongsi artikel ini