10 Tempat Sarapan Menarik Paling Popular di KL

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi viral di KL


2025-06-17

By Siti
10 Tempat Sarapan Menarik Paling Popular di KL

Mulakan hari anda dengan bersarapan di 10 Tempat Sarapan Best Paling Popular di KL!

Pada hujung tahun 2024, budaya sarapan di Malaysia mendapat pengiktirafan dari UNESCO. Kita berjaya memasuki Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara. Dari nasi lemak ke roti canai, dari gerai tepi jalan, warung sehingga restoran, budaya sarapan kita bukan sahaja mencerminkan kepelbagaian budaya dan keharmonian pelbagai etnik, tetapi terkenal lazat dan pelbagai dalam kalangan rakyat tempatan dan juga pelancong. Tak kira anda berada di negeri atau daerah mana pun, mesti ada sarapan yang sesuai untuk mengisi awal hari anda. Mari kita mulakan dengan ibu negara Malaysia. Berikut antara 10 lokasi bersarapan paling best di Kuala Lumpur.

1. Restoran Village Park

Nama yang dah cukup terkenal di Kuala Lumpur. Restoran yang menyediakan hidangan tradisional Melayu ini antara yang paling popular untuk sarapan pagi. Ada banyak isi dalam nasi lemak tapi ayam goreng berempah dari Village Park paling win dalam mana-mana review nasi lemak paling best di Kuala Lumpur. Ayam berempahnya digoreng keemasan, dihidangkan dengan nasi yang cukup berlemak bersama wangi daun pandan.

Sumber: Laman Rasmi Facebook Village Park Restaurant

Selain nasi lemak biasa, Village Park juga menyediakan Nasi Lemak Ayam Rendang. Nasi Lemak Ayam Rendang biasanya pilihan mereka yang tidak mahu ayam goreng. Kalau nak tambah sarapan yang lain (sebab nasi lemaknya wajib dicuba), boleh pilih dari pelbagai sup dan mi serta kuih-muih tradisional seperti karipap dan keria.

Alamat: 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya (Google Map)

Harga Sarapan: RM10 – RM13

Waktu: 6:30am – 5:30pm

2. Restoran Yusoof & Zakhir

Ini antara restoran mamak yang popular di Kuala Lumpur untuk sarapan pagi. Serupa dengan restoran mamak yang lain, Restoran Yusoof & Zakhir juga ada banyak jenis roti canai, murtabak dan naan yang sedap untuk sarapan. Makan dengan kari ayam atau kari ikan serta dhal. Walaupun serupa dengan restoran mamak lain, restoran ini lebih terkenal dengan roti naan bawang putih dan naan kejunya. Kedua-dua hidangan ini selalu jadi sebutan ramai. Jadi, boleh cuba yang itu juga bila datang ke sini. Kalau tak mahu roti, ada nasi briyani dengan ayam tandoori walaupun ini berat sikit sebagai sarapan. Masukkan sekali sup kambingnya. Confirm terangkat!

Sumber: Imej dari Google Reviews

Restoran ini betul-betul bersebelahan dengan Pasar Seni. Jadi, yang datang makan di sini bukan sahaja orang Malaysia, malah boleh dikatakan ramai dari kalangan pelancong luar negara.

Alamat: 44 & 46, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur (Google Map)

Harga Sarapan: RM5 – RM12

Waktu: 6:30am – 10:00pm

3. Nasi Lemak Wanjo Kg Baru

Nama yang sangat terkenal di Kuala Lumpur bukan sahaja di kalangan orang tempatan, malah dari luar negara juga. Kata orang inilah nasi lemak sebenar di Kuala Lumpur dengan gaya kampung. Nasi lemak kukus dengan sambal kerang, cukup seimbang dari segi rasanya. Tak pedas sangat, ada manis-manis sikit. Jadi, sesuai untuk yang tak tahan pedas. Mungkin disebabkan itulah ramai pelancong dari luar negara bagi rating tinggi untuk Nasi Lemak Wanjo Kg Baru ni sebab kebanyakannya tak makan pedas.

Sumber: Laman Rasmi Facebook Nasi Lemak Wanjo Kg Baru

Walaupun ramai orang, tapi service restoran ni memang tip top jadi tak terasa letih sangat bila kena beratur panjang. Restoran ini luas, bersih, ada ruang berhawa dingin dan juga ruang solat.

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur (Google Map)

Harga Sarapan: RM6 – RM12

Waktu: 6:00am – 12:00am

Artikel lain yang mungkin anda suka: Hotel di Bukit Bintang | Tempat Makan Menarik di KL

4. Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam

Untuk vibe retro tempatan yang seperti KL sebenar, bolehlah bersarapan di Ali, Muthu & Ah Hock. Kopitiam ikonik ini menyediakan menu sarapan pagi Malaysia klasik seperti nasi lemak, telur separuh masak, roti bakar dan teh tarik. Pilihannya banyak dan pelbagai di sini. Jadi, kalau nak menu yang lain sikit, boleh order chicken chop, mee rebus, mee soto dan mee udang.

Sumber: Laman Rasmi Facebook Ali, Muthu & Ah Hock

Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam ada banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan di luar KL. Antaranya ialah di Nu Sentral KL dan The Sphere Bangsar South yang mempunyai akses mudah dan mudah untuk dicari.

Alamat: Lot B-G-01, G-Floor, Block B, Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya (Google Map)

Harga Sarapan: RM6 – RM10

Waktu: 8:00am – 5:00pm

5. Mansion Tea Stall

Nama Roti Canai Banjir Special memang sinonim dengan Mansion Tea Stall di Jalan Masjid India, KL ini. Dengar kata mereka sahaja yang ada menu tersebut untuk sarapan pagi. Roti Canai Banjir Special adalah 2 keping roti canai dengan 2 telur separuh masak yang disiram dengan kuah kari ikan yang banyak dan sedikit sambal yang pedas. Rupanya memang tak menarik bila semua yang ada dalam pinggan itu digaul bersama tapi rasanya tak ada siapa boleh lawan!

Sumber: Imej dari Google Reviews

Mansion Tea Stall wujud sejak 1980an. Jadi ia semacam nostalgia bagi mereka yang membesar di kawasan tumpuan pelancong ini. Bagi sebahagian pelanggan, mereka berjaya mengekalkan rasa dan kualiti makanan mereka. Dengan harga yang murah, tak pelik jika setiap hari ramai yang bersarapan di sini.

Alamat: No. 2, Ground Floor, Selangor Mansion, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur (Google Map)

Harga Sarapan: RM3 – RM6

Waktu: Dibuka 24 jam sehari

6. Pokok KL

Kafe ini lain sikit daripada lima tempat makan di atas. Pokok KL ialah kafe dengan vibe urban moden yang relaks. Sesuai dengan namanya, Pokok KL redup dan diterangi cahaya semula jadi. Pilih sama ada makan di ruang berkonsepkan rumah kaca atau outdoor yang dikelilingi pokok-pokok rendang.

Sumber: Laman Rasmi Facebook Pokok KL

Menunya adalah gabungan citarasa timur dan barat. Jadi, selain nasi lemak, anda juga boleh pilih antara burger, char kuey teow, pilihan pasta, set untuk brunch, sup dan kudapan lain. Kemudian tambahkan pelbagai pilihan minuman yang menyegarkan. Nasi Lemak di Pokok KL adalah nasi lemak ayam berempah yang ditambah dengan rendang daging atau ayam yang diberi nama Nasi Lemak Bomb dan Nasi Lemak Platter. Untuk makanan barat yang popular, boleh cuba Smoked Salmon Benedict, Scrambled Egg Croissant, dan Classic’s Pokok Fish & Chips.

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia (Google Map)

Harga Sarapan: RM15 – RM25

Waktu: 10:00am – 10:00pm

7. Nasi Lemak Alor Corner

Perniagaan warisan keluarga ini sudah lama bertapak di Kuala Lumpur, paling tepat di Jalan Alor yang menjadi lokasi tumpuan pelancong. Pengalaman berniagaa lebih 40 tahun dan masih mengekalkan kualitinya, tak pelik apabila pelanggan beri bintang yang banyak untuk Nasi Lemak Alor Corner. Walaupun sudah terkenal, mereka masih mengekalkan harga yang berpatutan. Nasi lemak biasa yang asas cuma berharga RM3.

Sumber: Laman Rasmi Facebook Nasi Lemak Alor Corner

Memahami citarasa orang Malaysia, Nasi Lemak Alor Corner juga ada lebih 20 lauk sampingan yang anda boleh pilih untuk digandingkan dengan nasi lemak biasa tadi. Datang awal sebab lauk di sini cepat habis.

Alamat: Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur (Google Map)

Harga Sarapan: RM3 – RM8

Waktu: 8:00am – 11:30am

8. Alfiyah Lontong Jawa Asli

Hidden gem di Kampung Baru. Warung ini jadi buruan mereka yang tinggal di KL dan peminat makanan jalanan untuk bersarapan. Jadi, nama Alfiyah dah lama masuk dalam senarai antara tempat bersarapan top di Kampung Baru. Kalau biasanya kita jumpa nasi lemak dan roti canai, yang ini lain sedikit.

Sumber: Imej dari Google Reviews

Warung yang dibuka sejak 1980 ini menyediakan lontong jawa iaitu lontong sayur yang dicampur dengan kuah lemak, dimasak dan dihidangkan dengan penuh tradisi. Jangan lupa order kuih lopes mereka juga sebab yang itu selalu dapat lima bintang daripada pelanggan.

Alamat: 20, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur (Google Map)

Harga Sarapan: RM5 – RM8

Waktu: 7:00am – 1:00pm

9. Warung Sarapan D’Warisan

Ada 2 hidangan yang anda mesti cuba di sini untuk sarapan pagi – nasi lemak telur mata dan roti canai sarang burung. Kedua-dua hidangan ini laris setiap hari. Selain nasi lemak dengan telur mata, D’Warisan juga menyediakan pilihan sambal kerang dan sotong. Mereka tak lokek sambal.

Sumber: Laman Rasmi Facebook Warung Sarapan D’Warisan

Jangan lupa cuba aneka murtabak sebab yang ini pun resepi warisan mereka. Selain itu ada nasi kerabu dan pelbagai menu roti lain termasuk roti boom, roti telur dan roti bawang dan juga aneka mee. Masakan yang sedap, layanan mesra dan pantas dengan harga yang murah buat Warung Sarapan D’Warisan tak putus terima pelanggan setiap hari.

Alamat: Medan Selera, Taman Kejiranan Air Panas, 53300 Kuala Lumpur (Google Map)

Harga Sarapan: RM6 – RM10

Waktu: 7:00am – 1:00pm

10. Cafe: in House KL

Terletak di kawasan pangsapuri Summer Suites KLCC, pelanggan suka suasananya yang santai dan selesa dalam hiasan moden minimalis. Cafe:In House selalu terima pujian atas layanan mesra dan pantas daripada staf mereka.

Ada pilihan nasi, pasta, brunch, panini, croffles dan pelbagai minuman. Agak susah sebenarnya untuk pilih makanan tertentu yang paling laris disini kerana pelanggan suka pelbagai makanan di sini yang dikatakan sedap, cukup masak dan cukup rasa.

Sumber: Laman Rasmi Facebook Cafe:In House KL

Ini tempat yang sangat sesuai dapatkan sarapan ringkas dan secawan kopi dengan pantas sebelum bergegas ke tempat kerja atau duduk berehat dengan kawan-kawan selepas habis waktu pejabat.

Alamat: Unit 1-01, Level 1, Mercu Summer Suites, 8, Jalan Cendana, Kampung Baru, 50250 Kuala Lumpur (Google Map)

Harga Sarapan: RM20 – RM40

Waktu: 8:00am – 8:00pm

Berikut adalah senarai 10 tempat sarapan paling menarik dan popular di KL! Sama ada anda suka nasi lemak klasik atau brunch yang moden, pasti ada pilihan untuk setiap selera. Dah jumpa port sarapan kegemaran anda? Kongsikan dengan kawan-kawan dan jom explore tempat makan seterusnya!

Cari tempat ini apabila anda berada di Kuala Lumpur. Pilih yang hampir dengan hotel anda atau mana-mana sahaja yang anda ingin cuba. Jangan lupa tempah bilik hotel yang paling best di Flow untuk mendapatkan harga yang paling berbaloi!


Our reviews and recommendations are honest and not influenced by compensation or sponsorship. Unless stated otherwise, we do not receive payment or free products for positive reviews. Any compensation or products received for reviews will be disclosed in the relevant post.


FAQs

Adakah tempat-tempat ini menyediakan pilihan makanan vegetarian atau vegan?

Kafe biasanya menawarkan pilihan vegetarian. Tetapi untuk warung tempatan, pilihannya agak terhad.

Adakah tempat-tempat ini halal?

Ya, semua tempat yang disyorkan adalah halal atau mesra muslim. Untuk kepastian, boleh ajukan soalan kepada staf di restoran/gerai/kafe tersebut.


Kongsi artikel ini

Muat Turun Flow


app banner 1
Lihat lagi
Terokai Daycation di Malaysia
Tentang Flow
Terms of Use
Kaedah Pembayaran
apple pay
google pay
visa
atome
paynow
touch n go
duitnow
alipay hk
payme
discover
maestro
seven eleven
master
jcb
octopus
wechat pay
diners club
amex
union pay
tap & go
Copyright 2025
Flow Entertainment Technology Sdn Bhd (Reg. No.: 202101024998). All rights reserved.