Mula merancang untuk meneroka tempat makan menarik di KL!
2024-09-04
By
Sebagai ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal dengan pemandangan indah dan budaya & masyarakat yang berbeza, tetapi pilihan makanan menarik yang sedap juga banyak yang pasti akan memukau lidah anda! Oleh itu, kami telah menyenaraikan 8 tempat makan menarik di KL yang wajib anda cuba.
Kebab, Shawarma, dan BBQ Daging antara makanan yang paling famous di Damascus. Terletak di kawasan Bukit Bintang, makanan syrian yang menarik ini telah menjadi kegemaran ramai. Dengan lebih daripada 4,000 ulasan Google dan masa menunggu boleh mencecah selama sejam dan lebih. Tapi, jika makanan sedap, queue panjang dan lama pun tak kisahkan, janji bagus.
Saiz makanan yang dihidang amat besar. Kualiti daging pun tinggi. Berita baik untuk semua! Mereka telah membuka cawangan kedua, dimana ia bertentangan dengan Pusat Beli-belah Lot 10. So, bolehlah mengunjung cawangan kedua jika anda ingin menjamu di restorannya.
Makanan menarik yang mesti cuba: Arabi Plate, Mandi Chicken, Shawarma
π[Cawangan 1] Lokasi: Wolo KL, 111, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
π[Cawangan 2] Lokasi: 30, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin β Ahad 8:30am β 4:30am | 011-3717 2122
Jika anda ingin mencari makanan tradisi melayu, Kak Nik Patin House merupakan antara pilihan yang wajib cuba. Masakan tradisi melayu makanan laut seperti ikan patin tempoyak, udang galah masak lemak cili API dan lauk pauk merupakan antara hidangan yang mesti try. Ia juga menawarkan pencuci mulut tradisional seperti kuih-muih dan ulaman. Sambal belacan mereka juga best. Cukup pedas!
Hiasan di restoran ini adalah sederhana tetapi suasananya agak mesra. Anda boleh menjamu dengan selesa. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk pergi lebih awal kerana biasanya pada waktu makan tengah hari, kedai ini sure crowded.
Makanan menarik yang mesti cuba: Ikan patin tempoyak, Raja ulam, Gulai siput sedut
πLokasi: Lot 28349, Jalan Masjid, Jalan Pantai Dalam, Kampung Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin β Sabtu 11:30am β 10:30pm | 012-953 9274
Are you a cheese lover? Tahukah anda bahawa RSMY merupakan tempat makan menarik di kl yang amat terkenal dengan cheese naan. Jika cheese naan favourite anda, restoran ini wajib anda pergi! Mereka menggunakan teknik tradisional untuk menyediakan semua naan dengan memastikan kelembutan dan kualiti roti dikekalkan.
Dengan keju yang kaya dan meleleh, setiap gigitan pada naan pasti memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Apabila ada naan, ayam tandoori mesti tidak boleh dilupakan. Dua hidangan ini tidak harus dipisahkan. Terdapat juga banyak makanan menarik lain yang sedap. Contohnya, daging keema, ayam merah dan lain-lain. Anda juga boleh membawa kawan dari luar negara untuk menjamu di restoran ini. Secara keseluruhan, harga makanan di restoran ini tidak mahal dan terdapat juga beberapa cawangan di Kuala Lumpur, so anda boleh mencari restoran yang terdekat dengan anda.
Makanan menarik yang mesti cuba: Cheese naan, Ayam Tandoori, Beef Keema
πLokasi: 1&13, Jalan Medan Tuanku, Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Ahad β Khamis 11:45am β 11:59pm, Jumaat β Sabtu 11:45am β 01:00 am | 03-2697 0700
Jika anda sering dalam TikTok ataupun Instagram, anda pasti pernah dengar atau melihat kedai makanan viral ini iaitu Luckbros Kopi. Terdapat beberapa cawangan di KL dan antara cawangan yang paling meriah ialah terletak di Jalan Petaling. Ia disebabkan anda boleh menjamu pelbagai makanan lokal sambil menikmati pandangan Menara 118.
Restoran ini menawarkan banyak makanan menarik yang memikat selera sama ada bagi sarapan pagi ataupun malam. Suasana yang meriah telah menjadikan LuckBros Kopi tempat yang sesuai untuk menjamu bersama keluarga dan kawan-kawannya. Kepada mereka yang suka minum kopi, mesti order dan cuba kopi terkenal mereka.
Makanan menarik yang mesti cuba: Milo Tower, Toast dengan Butter and Kaya, Nasi Kerabu, Kek Lapis
πLokasi: 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Waktu Operasi: Isnin β Khamis 10:00am β 02:00am, Jumaat β Ahad 09:00am β 02:00 am | 012-610 8856
Nasi Ayam Hainan Chee Meng terkenal dengan hidangan tradisional nasi ayam sejak tahun 1965, . Dengan mengekalkan resipe Hainan, restoran ini telah diwarisi dari generasi ke generasi. Pada tahun 2023, secara bangganya, ia telah menerima anugerah Michelin Bib Gourmand yang berprestij.
Restoran ini juga dijamin halal. Antara hidangan seperti taugeh masak bawang putih dan tofu goreng telah menjadi hidangan kegemaran ramai. Disebabkan harga yang sederhana, restoran ini sering mendapat lawatan daripada orang tempatan dan juga pelancong. Oleh itu, restoran ini sememangnya menjadi destinasi tempat makan menarik yang anda hendak mencuba.
Makanan menarik yang mesti cuba: Ayam Goreng, Ayam Rebus, Seafood Tomyum Thai
πLokasi: 50, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin β Ahad 11:00am β 20:30pm | 012-610 8856
Selepas beberapa cadangan mengenai tempat makan menarik di kl yang lebih kepada makanan tempatan, mari kita menjelajah kafe hispter seperti Kafe Kleptokrat yang terletak berhampiran dengan Masjid Jamek. Kafe ini bukan sahaja terkenal dengan makanan, hiasan β hiasan dan suasana kafe telahpun menjadi antara sebab orang ramai mengunjungi.
Terdapat sebuah kolam berenang di tengah-tengah kafe ini dan Ia telah menjadi tempat hotspot untuk menangkap gambar. (save ke checklist untuk tangkap potd, ootd). Secara keseluruhannya, vibes kafe ini bagus, makanan pun sedap, tetapi harganya lebih tinggi sikit ya.
Makanan menarik yang mesti cuba: Chicken Buttermilk, Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Passion of Kleptokrat
πLokasi: 16-22, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin β Ahad 11:00am β 22:00pm | 017-642 8052
Trend makanan Cina Muslim semakan meningkat terutama di Kuala Lumpur. Apabila pergi ke pusat beli-belah, anda mesti dapat melihat banyak tawaran makanan Cina Muslim. Walau bagaimanapun, yang paling famous dan sentiasa perlu beratur adalah Mee Tarik Jalan Sultan. Antara makanan menarik adalah Mee Tarik, Scallion Pancakes, Lamb BBQ Stick dan lain-lain.
Selain daripada hidangan yang halal dan menyelerakan, restoran ini beroperasi dari 10.30 pagi hingga 03.00 pagi. Kepada mereka yang suka makan lewat, inilah tempatnya. Setakatnya, mereka mempunyai 3 cawangan. Antaranya ialah, SS15 Subang Jaya, Ampang dan TTDI. Anda boleh melawat cawangan yang terdekat dengan anda. Makanan menarik seperti ini tidak boleh dilepaskan!
Makanan menarik yang mesti cuba: Mee Tarik, Cumin Lamb, BBQ Eggplant
πLokasi: 25G, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin β Ahad 10:30am β 03:00pm | 011-6518 2686
Selepas menikmati makanan menarik seperti yang dicadangkan, tibalah masa untuk pencuci mulut. Lihat daripada gambar pun rasa sedap dan manis! Kunafa Crisp merupakan suatu pencuci mulut dari Timur Tengah. Kedai ini menawarkan kunafa yang unik dan dihasilkan dengan mengguna bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Dengan keju yang kaya dan meleleh, setiap suapan akan memberi rasa dan tekstur yang memuaskan. Jangan lupa mencuba Aiskrim Pistachio mereka juga.
Makanan menarik yang mesti cuba: Crisp Cheese Kunafa, Pistachio Ice Cream
πLokasi: 44-2G, Bangunan Bintang, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin β Ahad 10:00am β 03:00pm
Laman Web | Facebook | Instagram
Jika anda ingin merancang untuk melawat Kuala Lumpur setengah hari ataupun sehari, anda boleh mempertimbangkan tempahan hotel sesi jam. Antara pilihan hotel adalah bertaraf dari 3 bintang ke 5 bintang. Hotel sesi jam memberi anda kebebasan dan fleksibiliti untuk memilih waktu yang sesuai dengan jadual anda.
Ulasan dan cadangan kami adalah jujur ββdan tidak dipengaruhi oleh pampasan atau tajaan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kami tidak menerima bayaran atau produk percuma untuk ulasan positif. Sebarang pampasan atau produk yang diterima untuk semakan akan didedahkan dalam siaran yang berkaitan.
π© Teroka sini untuk hotel near me
Find Hourly Hotels in KL
q=Kuala Lumpur&f_book_type=hour,session
Lihat lagi
University Student Discounts Affiliate Program Program Ganjaran Flow Bonus Top-Up Flow Dollars Jemput Rakan untuk Nikmati Diskaun Hourly Hotels Day Use Hotels Budget Hotels Daytime Hotels Daycation Work from HotelTerokai Daycation di Malaysia
Daycation di Bukit Bintang Daycation di KLCC Daycation di Subang Jaya Daycation di Petaling Jaya Daycation di Bangsar Daycation di ChinatownCopyright 2024
Flow Entertainment Technology Sdn Bhd (Reg. No.: 202101024998). All rights reserved.
Lihat lagi
University Student Discounts Affiliate Program Program Ganjaran Flow Bonus Top-Up Flow Dollars Jemput Rakan untuk Nikmati Diskaun Hourly Hotels Day Use Hotels Budget Hotels Daytime Hotels Daycation Work from HotelTerokai Daycation di Malaysia
Daycation di Bukit Bintang Daycation di KLCC Daycation di Subang Jaya Daycation di Petaling Jaya Daycation di Bangsar Daycation di ChinatownKaedah Pembayaran
Copyright Β© 2024
Flow Entertainment Technology Sdn Bhd (Reg. No.: 202101024998). All rights reserved.