Me Time atau Kerja? 8 Hotel di Bukit Bintang dengan Kadar Jam [2025]
Cari hotel di Bukit Bintang, Malaysia untuk percutian anda yang seterusnya dan rasai pengalaman yang berbeza!
2025-06-09
By Siti![Me Time atau Kerja? 8 Hotel di Bukit Bintang dengan Kadar Jam [2025]](https://cms.flowtheroom.com/wp-content/uploads/2025/06/Artboard-1-copy-3.png?w=3840&q=75)
Daycation di 8 hotel di Bukit Bintang dan tempah mengikut jam!
Kerja dan hal peribadi kadang-kadang buat kita stres. Tenangnya kalau dalam waktu begini dapat bercuti atau lupakan semuanya walaupun sekejap. Kita perlukan staycation atau daycation yang tak perlukan perancangan yang lama, tak perlu fikir berapa banyak baju untuk dibawa dan boleh pergi bila-bila masa. Jadi, kami pilihkan di sini 8 hotel di Bukit Bintang untuk menolong anda ‘recharge’ tenaga yang hampir hilang supaya anda boleh lalui hari-hari baru berikutnya dengan lebih segar.
Kandungan
1. Hotel MOV
Inginkan gaya moden dan minimalis dengan kolam renang atas bumbung? Hotel MOV adalah tempat yang sesuai untuk anda. Hanya 5 minit dari MRT Bukit Bintang dan anda akan dapat menyaksikan panorama Kuala Lumpur yang memukau. Sangat instaworthy. Duduklah dengan secawan kopi dan bacalah buku kegemaran anda sama ada di dalam bilik yang lebih peribadi atau di tepi kolam yang mendamaikan. Di mana-mana sahaja ada ruang yang sesuai untuk anda di sini.

MOV juga dekat dengan tempat makan yang best. Nak makan gaya gerai yang banyak pilihan tapi ada penyaman udara, boleh pergi ke Hutong Lot 10 (kebanyakannya tidak halal). Kalau inginkan suasana yang romantis dan mesra vegetarian, singgah ke Bijan Bar & Restaurant yang menyediakan masakan Melayu (halal) terbaik. Semua tempat ini cuma 6 minit sahaja kalau berjalan kaki dari MOV. Jadi, walaupun anda bersendirian, anda tak rasa sunyi dan kelaparan.
Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 43, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang atas bumbung, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM100 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Standard, Bilik Deluxe
2. Hotel MiCasa All Suite
Anda nak daycation yang rasa macam di rumah di mana anda boleh duduk makan snek dan relaks sambil tengok Netflix? Masukkan hotel MiCasa dalam senarai anda. Biliknya luas, siap dengan dapur kecil, sangat selesa untuk yang mahukan ‘me-time‘. Menjelang petang atau malam, boleh cuba luangkan sedikit masa dengan mengambil angin malam di tepi kolam renang luarnya.

Berada dalam kawasan kedutaan, hotel ini hanya 10 minit dari LRT dan 15 minit dari KLCC. Jadi, lokasinya dikira jauh sedikit dari kawasan yang sibuk, sekaligus buat kita rasa aman walaupun ia di tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur.
MiCasa All Suite juga tak jauh dari Tapak Urban Street Dining, iaitu tapak trak makanan yang wajib dilawati oleh peminat ‘jalan-jalan cari makan’ yang gemar pilihan makanan yang banyak dan makan dalam suasana santai.
Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 368B, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Kemudahan: kolam renang, pusat kecergasan, perkhidmatan dobi
Kadar Harga: Dari RM165 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Studio

3. Hotel Starus
Dikenali sebelum ini sebagai Stay with Bintang, hotel di Bukit Bintang ini menyediakan billik yang selesa dan tenang dengan kemudahan seperti kolam renang luaran dan gimnasium untuk berehat dan mencergaskan badan. Ada ruang dan wi-fi untuk si nomad yang biasa bekerja tanpa pejabat. Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen MRT Raja Chulan hanya beberapa minit berjalan kaki jadi sama ada untuk urusan perniagaan atau sekadar berjalan-jalan, sangat mudah mendapatkan pengangkutan awam.

Starus hampir dengan Jalan Alor yang memang terkenal di kalangan pelancong yang ingin mencuba pelbagai makanan Malaysia. Kaki shopping boleh ke Sungei Wang Plaza, Berjaya Times Square dan Pavilion. Jarak dari hotel ke semua tempat ini lebih kurang 15 minit sahaja jika anda berjalan kaki. Kedai 24 jam juga banyak di sekitar hotel ini jadi mudah untuk anda mendapatkan snek di tengah malam.
Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: No.1, Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar, gim
Kadar Harga: Dari RM99 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Standard
4. Hotel Melia
Hotel Melia merupakan hotel 4 bintang yang terkenal dengan gaya anggun dan relaksnya. Bawa buku atau tonton filem kegemaran anda sambil baring di atas katil empuk dalam bilik gaya modennya yang tampak mewah, luas dan selesa. Segarkan tubuh anda di kolam renang dan gimnasium selepas penat bekerja.

Jamu selera di restoran hotel tapi kalau inginkan rasa yang berbeza, cuba yang lain di sekitarnya. Hotel Melia berada di lokasi yang strategik. Jaraknya dengan Bukit Bintang hanya 2 minit berjalan kaki sahaja. Jadi, untuk pergi ke tempat-tempat menarik di Bukit Bintang atau sekitar KLCC, restoran dan pusat beli-belah memang sangat mudah.
Selain itu, Hotel Melia betul-betul berada di depan Berjaya Times Square. Ia adalah pusat beli-belah dengan taman tema terbesar di Malaysia. 1 minit berjalan kaki sahaja, anda dah boleh membeli-belah dan berhibur, semua dalam satu tempat. Pengangkutan terdekat dengan hotel ini ialah Stesen Monorel Imbi. Hanya 2 minit sahaja jika anda berjalan kaki.
Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 16, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang, gimnasium, Wi-Fi percuma
Kadar Harga: Dari RM99 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Tamu Melia (Guestroom), Bilik Premium
5. Hotel Berjaya Times Square KL
Percutian spontan atau ingin cuba bekerja dari hotel; tempah sahaja bilik yang mewah dan luas di Hotel Berjaya Times Square di Bukit Bintang. Ada pemandangan Kuala Lumpur yang indah dari hotel ini, kolam renang untuk menenangkan hari yang panjang, spa untuk memanjakan tubuh yang keletihan dan katil empuk untuk tidur yang lena.

Hotel Berjaya Times Square terletak di atas pusat beli-belah dengan nama yang sama. Membeli-belah, makan, bermain di taman tema atau menonton filem di pawagam, semuanya ada dalam satu tempat. Jadi anda dapat menjimatkan masa tanpa perlu pergi jauh.
Tapi kalau nak berjalan-jalan, cubalah restoran-restoran berdekatan. Ada Kampachi di Pavilion, Dining in The Dark KL (tidak halal), Positano Risto dan Restoran Nasi Ayam Chee Meng (halal). Selepas makan, boleh bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang atau lepak minum kopi di mana-mana kafe. Monorel Imbi hanya 5 minit berjalan kaki. Begitu juga Monorel Bukit Bintang. Jadi, nak ke mana-mana pun senang.
Hotel Berjaya Times Square memang sesuai untuk mereka yang nak relaks tapi masih mahukan sesuatu yang adventure sebab lokasinya dekat dengan banyak tempat yang sesuai untuk pelbagai tujuan.
Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: No 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM180 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Superior
6. Dorsett Kuala Lumpur
Dorsett mempunyai gabungan lokasi, kemudahan dan perkhidmatan yang baik, lalu menjadikannya antara hotel 5 bintang yang cemerlang. Gabungan ini menjadikan hotel di Bukit Bintang ini sesuai untuk mereka yang inginkan ‘me time’ atau perlukan penginapan untuk urusan kerja serta pelancong tempatan yang inginkan percutian singkat.

Duduk di bilik yang nyaman dan selesa. Lihat pemandangan dari bilik hotel yang memukau dan bersantai di kolam renang luar. Hotel ini sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan keselesaan dalam suasana moden dan mewah.
Pergi ke Pavilion atau melalui persimpangan pejalan kaki Bukit Bintang yang ala-ala Shibuya Crossing di Tokyo hanya mengambil beberapa langkah sahaja dari Dorsett.
Hotel di Bukit bintang ini menyediakan pelbagai hidangan tempatan antarabangsa di restoran mereka, Checkers Café. Tetapi jika anda ingin meluaskan menu anda, banyak restoran pada jarak berjalan kaki yang tidak membuatkan anda lapar semula selepas makan. Cubalah The Living Room yang menawarkan menu Asia atau berjalan ke Jalan Alor. Ingat! Ini cuma satu daripada berpuluh tempat makan yang lazat di sekitarnya.
Penilaian Hotel: 5 ⭐️
Alamat: 172, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang, gimnasium
Kadar Harga: Dari RM180 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Dorsett
7. Hotel Maya
Hotel Maya dengan bilik luas bergaya kontemporari dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas dari bilik anda adalah hotel ‘escape’ anda. Rekaan elegan, pencahayaan semulajadi yang baik dengan wi-fi berkelajuan tinggi dan ruang kerja yang selesa menjadikannya sesuai sama anda datang untuk daycation atau sebagai business traveler. Ditambah dengan kemudahan kolam renang, pusat kecergasan dan bilik wap, Hotel Maya betul-betul mengembalikan kesegaran tubuh anda.

Di hotel lima bintang ini anda akan mendapat layanan kelas pertama, sesuai untuk yang menginginkan tenaga ‘zen’ dalam hari mereka. Rehatkan diri dan nikmati keindahan Kuala Lumpur dengan bersiar-siar di taman KLCC, makan dim sum tradisional di Dolly Dim Sum atau cuba makanan Timur Tengah di Halab KL.
Akses kepada tarikan utama di sekitar KL sangat mudah. Ada pengangkutan awam di sekitar hotel Maya tapi kalau anda ingin menaiki LRT, stesen terdekat ialah Stesen LRT KLCC. Hanya 10 minit berjalan kaki. Ingin mencari hotel di Bukit Bintang, inilah antara pilihan anda.
Penilaian Hotel: 5 ⭐️
Alamat: 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM115 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Heritage, Deluxe
8. Oasia Suites Kuala Lumpur
Segarkan diri dan senangkan hati di sini! Oasia Suites Kuala Lumpur adalah hotel 4 bintang yang direka dengan konsep mesra alam. Dihiasi dengan pemandangan kota metropolitan yang hebat, rakamlah pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang menakjubkan di sini sebagai kenangan Terletak di kawasan paling strategik di Bukit Bintang, hotel ini bertuah kerana dikelilingi tempat-tempat yang menjadi lambang Kuala Lumpur seperti Menara KL, Suria KLCC dan KL Forest Eco Park.

Bilik-biliknya buat anda rasa seperti berada di rumah sendiri – ada dapur kecil untuk anda buat air panas dan makan Maggi sambil menonton drama bersiri kegemaran anda di ruang tamunya dan mesin basuh kalau anda perlu cuci pakaian anda. Betul-betul selesa! Berehatlah atau siapkan kerja anda tanpa gangguan.
Ada banyak tempat makan terkenal di sini – Yaki Soul untuk peminat makanan Jepun, Shang Palace untuk citarasa Cina atau cuba hidangan daripada restoran bertaraf Michelin, Aliyaa Island Restaurant & Bar dan banyak lagi. Pengangkutan awam banyak tersedia di kawasan ini tetapi jika anda ingin menaiki monorel, hanya jalan 13 minit sahaja ke Stesen Monorel Bukit Nanas.
Penilaian Hotel: 4⭐️
Alamat: No.10, Lorong P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang atas bumbung, gimnasium 24 jam
Kadar Harga: Dari RM118 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Superior
Our reviews and recommendations are honest and not influenced by compensation or sponsorship. Unless stated otherwise, we do not receive payment or free products for positive reviews. Any compensation or products received for reviews will be disclosed in the relevant post.
FAQs
Bolehkah saya pilih masa dan tempoh penginapan mengikut jam untuk hotel di Bukit Bintang?
Ada beberapa slot dalam sehari yang anda boleh pilih. Setiap slot ada masa check-in dan check-out tertentu termasuk harga yang ditetapkan. Ada hotel mewah yang mempunyai lebih banyak pilihan slot dengan masa dan tempoh penginapan yang berbeza, sekaligus memudahkan anda menyesuaikannya dengan jadual anda.
Adakah saya boleh menggunakan semua kemudahan jika menempah bilik mengikut jam?
Ya, boleh. Kadar jam di hotel mewah terutama di Bukit Bintang biasanya termasuk akses kepada semua kemudahan sepanjang berada di sana. Bar, restoran dan spa masih boleh diakses walaupun tempoh penginapan anda tamat kerana cajnya berasingan daripada penginapan hotel.
Macam yang anda nampak, memang banyak hotel di Bukit Bintang yang boleh tempah ikut jam — dari pilihan bajet sederhana sampai la ke hotel mewah lima bintang pun ada. Sesuai sangat kalau korang nak short break, nak kerja dengan tenang, atau sekadar layan me-time.
Kalau anda belum pernah cuba, ini lah masa terbaik untuk try hotel ikut jam. Guna je Flow – semua hotel di Bukit Bintang yang best-best ada kat situ. Senang, jimat, dan fleksibel. Lepas ni confirm nak repeat lagi!
Find Hourly Hotels in Kuala Lumpur
q=Kuala Lumpur&f_book_type=hour,session
Kongsi artikel ini