10 Hotel di Kuala Lumpur untuk Semua Jenis Traveler [2025]|Serendah RM13 Sejam
Nikmati percutian di 10 hotel di Kuala Lumpur untuk semua jenis traveler. Lihat senarai hotel dengan gabungan pengangkutan mudah, dekat dengan kawasan ikonik tumpuan pelancong dan tempat makan popular!
2025-07-23
By Siti![10 Hotel di Kuala Lumpur untuk Semua Jenis Traveler [2025]|Serendah RM13 Sejam](https://cms.flowtheroom.com/wp-content/uploads/2025/07/hotel-di-kuala-lumpur.png?w=3840&q=75)
Pergi KL tapi tak tahu nak tinggal di mana? Jangan risau! Kami tolong senaraikan untuk anda 10 hotel di Kuala Lumpur yang dekat dengan LRT dan MRT, landmark menarik dan tempat makan yang best!
Kandungan
1. Enclave Hotel
Hotel yang selesa tak semestinya mengeringkan poket anda. Enclave Hotel Kuala Lumpur ialah hotel butik yang murah tetapi masih menarik dan selesa. Terletak berhampiran Pasar Seni dan laluan MRT, Enclave sesuai untuk budget traveler yang inginkan penginapan dalam suasana yang lebih sunyi di kawasan yang kaya dengan budaya.
Untuk makan, ada banyak gerai, kafe dan kedai makan di sekitar Pasar Seni dengan pelbagai pilihan makanan menarik.

Penilaian Hotel: 2 ⭐️
Alamat: 11, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50000 Kuala Lumpur
Kemudahan: wifi percuma, dispenser air
Kadar Harga: Dari RM55 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Deluxe
2. Cosmo Hotel
Cosmo Hotel terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Pasar Seni dan Petaling Street. Semua ini tempat yang memang menjadi tumpuan pelancong. Jadi, tinggal di hotel ini memang satu bonus untuk percutian anda.
Petaling Street terkenal dengan pelbagai pilihan makanan jalanan selain restoran dan kafe yang menyediakan menu tempatan dan antarabangsa. Nak tahu kafe apa yang ada di Petaling Street? Cuba klik di sini.
Pengangkutan awam juga mudah. Selain teksi dan Grab, Cosmo Hotel cuma 3 minit berjalan kaki ke Stesen LRT/MRT Masjid Jamek.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 13, 15, Leboh Ampang, City Centre, 50050 Kuala Lumpur
Kemudahan: wifi percuma, pusat kecergasan, restoran
Kadar Harga: Dari RM103 untuk 8 jam
Tawaran Bilik di Flow: Cosmo, Deluxe

3. Bintang Collectionz Hotel
Bintang Collectionz mengekalkan warisan bangunan prakolonial berusia 95 tahun dalam sentuhan moden. Terletak di kawasan Segitiga Emas, Bintang Collectionz hampir dengan semua tarikan pelancongan di Bukit Bintang termasuk Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor. Hampir semua tempat makan menarik dan popular ada di sini.
Untuk pengangkutan, berita baik sebab MRT Bukit Bintang hanya 2 minit berjalan kaki dari Bintang Collectionz.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 68, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kemudahan: Restoran, Wifi percuma
Kadar Harga: Dari RM128 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Classic
Cadangan Untuk Anda: Hotel Mewah di Kuala Lumpur | Hotel daycation dibawah RM200
4. Silka Maytower
Tampak mewah tapi masih berada dalam kategori harga mampu. Terletak di kawasan perniagaan dan dekat dengan pasaraya seperti Jakel Mall dan Lulu Hypermarket, Silka Maytower hanya 5 minit berjalan kaki dengan Stesen LRT Masjid Jamek dan Dang Wangi, menjadikan pergerakan anda dari satu tempat ke tempat lain lebih mudah apabila anda menginap di sini.
Antara tempat menarik berdekatan Silka Mytower ialah Masjid Jamek, Dataran Merdeka dan KLCC. Kalau nak makan, ada restoran dan trak makanan serta kafe berhampiran yang menyajikan pelbagai makanan menarik dalam suasana pilihan anda.

Penilaian Hotel: 3 ⭐️
Alamat: No. 7, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kemudahan: Kolam renang luar, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM100 untuk 8 jam
Tawaran Bilik di Flow: Superior, Deluxe
5. Wedgewood Residences
Wedgewood Residences berada dalam kawasan kediaman mewah dan dikatakan sebagai antara hotel terbaik di Mont Kiara, sekaligus menjadi pilihan kami untuk disenaraikan dalam senarai 10 hotel di Kuala Lumpur. Apartmen Wedgewood pula luas dengan vibes yang buat anda rasa di rumah sendiri.
Tambahan pula, Mont Kiara memang terkenal sebagai lokasi pelbagai kafe antarabangsa serta restoran halal. Jadi, Wedgewood Residences dengan mudah menjadi pilihan mereka yang datang bersama keluarga, traveler yang merancang untuk penginapan agak lama dan digital nomad yang inginkan suasana yang sunyi dan aman.
Wedgewood Residences hanya kira-kira 12 minit berjalan kaki ke KTM Segambut, dekat dengan stesen MRT, selain ada shuttle percuma ke KLCC, Mid Valley dan KL Sentral.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: La Grande Kiara, 11 Jalan Duta Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang, pusat kecergasan, taman permainan
Kadar Harga: Dari RM101 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Suite 1 Bilik Tidur
6. Novotel KL
Hotel antarabangsa dengan rangkaian di banyak negeri, Novotel Kuala Lumpur sentiasa menjadi pilihan business traveler atau keluarga yang inginkan penginapan selesa dikelilingi tempat-tempat menarik.
Novotel hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki ke stesen MRT Conlay dan 8 minit ke monorel Raja Chulan. Hotel ini juga ada laluan terus ke Pavilion KL dan hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki ke Suria KLCC. Ini semua tempat tumpuan pelancong. Kalau nak makan best, ada banyak tempat boleh pergi termasuk Leaf & Co dan Kenny Hills Bakers.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: 2, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM176 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Deluxe
7. Corus Hotel Kuala Lumpur
Dapat tinggal di hotel yang dekat dengan tempat kita ingin lawati memang seronok. Jimat masa dan tenaga! Corus Hotel Kuala Lumpur hanya beberapa langkah sahaja dari Menara Berkembar Petronas, Taman KLCC dan Suria KLCC. Hotel ini memang kegemaran business traveler dan pelancong yang ingin berada di kawasan paling ikonik di Kuala Lumpur.
Corus Hotel cuma 2 hingga 4 minit berjalan kaki ke LRT KLCC dan MRT KLCC. Untuk makan, ada banyak restoran di KLCC termasuk foodcourt yang menyediakan pelbagai pilihan makanan yang menarik dengan rating yang tinggi.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️
Alamat: Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar untuk dewasa dan kanak-kanak, pusat kecergasan, bilik solat
Kadar Harga: Dari RM126 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Deluxe, Suite
8. STEG Kuala Lumpur
STEG – satu lagi hotel butik dengan vibe industri yang bergaya. Atas bumbungnya ada kolam renang luar dengan pemandangan kota yang cantik. Memang ‘meletop’ kalau ambil gambar di sini. Rekaan hotel ini sangat cool jadi STEG boleh dikatakan popular di kalangan traveler muda dan mereka yang sangat menghargai idea kreatif.
Selain Menara Berkembar Petronas, apa kata sebagai traveler, anda cuba lawat tempat menarik yang lain juga di KL. STEG berjarak kira-kira 1km dari PWTC (lokasi tahunan Pesta Buku Antarabangsa) dan antara 2 hingga 3km dari Balai Seni Lukis Negara dan Muzium Bank Negara Malaysia.
Stesen LRT cuma kira-kira 4 hingga 7 minit dari hotel. Cari tempat makan pun bukan masalah. Makanan Melayu, Cina dan India semuanya ada berdekatan hotel.

Penilaian Hotel: 4⭐️
Alamat: 51, Jalan Tiong Nam, Off, Jln Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar, pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM150 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Swanky, Ritzy and Groovy
9. INNSide KL Cheras
Kami ada satu lagi hotel yang moden dan bergaya dalam senarai 10 hotel di Kuala Lumpur ini – INNSide Kuala Lumpur Cheras. Biliknya yang luas, bersih dan selesa selalu mendapat pujian mereka yang menginap di INNSide terutama traveler yang datang bersama keluarga.
Berada dalam EkoCheras Mall dan bersambung dengan Stesen MRT Taman Mutiara, lokasinya menjadikan hotel ini hebat untuk membeli-belah, makan-makan dan percutian bersama keluarga.

Penilaian Hotel: 4⭐️
Alamat: No. 693, Eko Cheras, N-G01, Batu 5, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Kemudahan: Kolam renang luar (dewasa dan kanak-kanak), pusat kecergasan
Kadar Harga: Dari RM148 untuk 3 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik INNSide
10. Travelodge Kuala Lumpur City Centre
Bersih dan selesa. Kalau bernasib baik, dapat bilik dengan pemandangan Pasar Seni yang ikonik. Itulah Travelodge Kuala Lumpur City Centre! Jalan kaki sedikit, sudah pun sampai ke Petaling Street dan Pasar Seni. Jadi, kalau tempat-tempat ini ada dalam senarai jalan-jalan KL anda, bolehlah tempah bilik di Travelodge. Pengangkutan awam juga mudah dan Stesen LRT Pasar Seni hanya lebih kurang 200m dari Travelodge.
Tambah menarik sebab di sini terletaknya banyak makanan jalanan dan kafe yang trendy untuk si peminat foto Instgram dan pembuat video Tik Tok! Cuba tempah bilik sekarang dan alami semuanya sendiri!

Penilaian Hotel: 3 ⭐️
Alamat: 7, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur
Kemudahan: wifi percuma
Kadar Harga: Dari RM110 untuk 4 jam
Tawaran Bilik di Flow: Bilik Superior
Percutian lebih menyeronokkan bila semua ada di depan mata. Jangan lupa tempah antara 10 hotel di Kuala Lumpur dalam senarai ini untuk percutian yang sempurna. Kami juga ada bilik-bilik terbaik di bawah RM200 di Flow untuk percutian bajet dengan citarasa mewah. Klik di sini sekarang !
Ulasan dan cadangan kami adalah jujur dan tidak dipengaruhi oleh pampasan atau tajaan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kami tidak menerima bayaran atau produk percuma untuk ulasan positif. Sebarang pampasan atau produk yang diterima untuk semakan akan didedahkan dalam siaran yang berkaitan.
FAQs
Adakah hotel-hotel di Kuala Lumpur ini sesuai untuk pengembara/traveler yang tidak membawa kenderaan sendiri?
Ya, hotel-hotel di Kuala Lumpur yang kami senaraikan sangat sesuai untuk mereka yang bergantung pada pengangkutan awam dalam percutian mereka. Semua hotel dalam senarai ini berdekatan atau dalam jarak berjalan kaki dengan stesen LRT dan MRT, selain bas, teksi dan kenderaan sewa yang lain seperti Grab.
Adakah hotel-hotel di Kuala Lumpur ini sesuai untuk percutian bajet atau daycation?
Ya, semua hotel di Kuala Lumpur dalam senarai ini sesuai untuk percutian bajet dan daycation. Hotel-hotel ini boleh ditempah mengikut jam dan dekat dengan kawasan pelancongan, jadi anda dapat berjimat dari segi kos hotel, pengangkutan dan masa.
Kongsi artikel ini