6 Hotel Murah di Bukit Bintang dengan Lokasi Strategik [2025]

Berikut adalah panduan pilihan hotel murah di Bukit Bintang. Anda boleh menempah hotel secara berjam. Harga mesra tanpa membebankan!


2024-09-04

By Choi Yan
6 Hotel Murah di Bukit Bintang dengan Lokasi Strategik [2025]

Sama ada pada hari minggu atapun hujung minggu, Bukit Bintang telah menjadi destinasi yang popular. Tawaran yang banyak seperti tempat makan menarik, pusat membeli-belah dan tarikan pelancongan berjaya menarik perhatian orang ramaim untuk mengunjungi kawasan tersebut. Oleh demikian, harta dan penginapan di Bukit Bintang adalah tinggi. Akan tetapi, terdapat juga hotel yang murah.

Tahukah anda bahawa kebanyakkan hotel di Kuala Lumpur telah mula menawar bilik secara berjam? Kini, trend baru ini bukan sahaja memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk menempah hotel mengikut jam yang diperlukan, harganya juga berpatutan. Pengguna tidak lagi perlu terikat dengan daftar masuk traditional.

Berikut merupakan panduan hotel murah di Bukit Bintang yang menawarkan sesi berjam. Anda boleh menikmati perkhidmatan yang mewah tanpa harga yang membebankan.

1.Hotel Royal Signature

Hotel Royal Signature merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Bukit Bintang dan ia hanya mengambil beberapa minit perjalanan , dalam 500m ke Berjaya Times Square. Antara kemudahan yang tersedia adalah kolam berenang, pusat kecergasan (gim) dan restoran. Selain itu, Wi-Fi percuma dan tempat letak kereta percuma juga tersedia.

Hotel ini menjadi pilihan yang ideal kepada mereka yang ingin menyewa secara berjam, sama ada untuk relaks, kerja, getaway pada hujung minggu dan lain-lain.

Penilaian Hotel: 5 ⭐️

Alamat: 17-21, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Sorotan: Kolam berenang, Restoran, Pusat kecergasan, Wi-Fi percuma, Tempat letak kereta percuma

Kadar Harga: Dari RM129 /4 jam

Tawaran Bilik di Flow: Bilik Deluxe | Bilik Superior

Tempah Hotel: Hotel Royal Signature

2.Starus Hotel Bukit Bintang

Kepada mereka yang ingin meneroka Bukit Bintang, Starus Hotel Bukit Bintang patut di dalam pertimbangan anda. Bukan sahaja lokasinya berdekatan dengan kebanyakkan tarikan pelancongan, perkhidmatan yang ditawarkan juga mendapat kepujiannya. Daripada hotel bertaraf 3 bintang, dengan pengubahsuaian yang meluas, ia telah menjadi hotel bertaraf 4 bintang.

Secara keseluruhanya, hotel ini mempunyai sebanyak 431 bilik dan suite yang serba lengkap, termasuk Amber, Tangerine Rooms and Suites yang mewah. Hotel ini juga menawar kemudahan seperti kolam berenang, Wi-Fi percuma, perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, bar mini dan lain-lain.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️

Alamat: 51-A, Changkat Bukit Bintang, 50200, Kuala Lumpur

Sorotan: Kolam berenang, Wi-Fi percuma, Perkhidmatan kemudahan Lapangan Terbang, Restoran

Kadar Harga: Dari RM129 /4 jam

Tawaran Bilik di Flow: Bilik Standard (Twin/Queen)

Tempah Hotel: Starus Hotel Bukit Bintang

3.Dorsett Kuala Lumpur

Sebagai sebuah hotel bertaraf 5 bintang, Dorsett Kuala Lumpur tidak memerlukan pengenalan tambahan. Selain daripada perkhidmatan yang baik, bilik juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang moden dan kemas, termasuk penyaman udara, televisyen skrin rata dan juga Wi-Fi percuma. Apabila anda daftar masuk ke hotel ini, mereka akan memberi perkhidmatan yang baik untuk memastikan pengalaman tetamu semasa penginapan adalah dijaga. Dorsett Kuala Lumpur mempunyai segala keperluan yang anda ingin mencari. Pusat kecergasan dan kolam berenang terletak pada tingkat 4.

Anda boleh menempah bilik untuk beberapa jam, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mempunyai jadual yang ketat atau hanya memerlukan tempat untuk berehat dan mengecas semula.

Penilaian Hotel: 5 ⭐️

Alamat: No. 172 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Sorotan: Kolam berenang, Wi-Fi percuma, Perkhidmatan limosin, Stesen Pengecas EV

Kadar Harga: Dari RM180/8 jam

Tawaran Bilik di Flow: Dorsett Room

Tempah Hotel: Dorsett Kuala Lumpur

4.Hotel Bintang Collectionz

Hotel Bintang Collectionz adalah sebuah hotel butik yang terletak di lokasi utama Bukit Bintang. Adakah anda tertarik dengan reka bentuk serta hiasa hotel yang sofistikated dan moden ini? Ia ingin mengembalikan penjelmaan semula zaman dahulu melalui hiasannya.

Terdapat sebanyak 105 bilik yang dilengkapi dengan hiasan yang mewah dan sempurna, supaya dapat memberi keselesaan yang memuaskan kepada tetamu hotel. Selain itu, hotel ini juga mempunyai tingkat yang eksklusif, dimana tingkat tersebut adalah disediakan khas untuk tetamu wanita. Ia memberi ketenangan dari segi keselamatan dan keselesaan kepada tetamu wanita terutamanya perseorangan.

Penilaian Hotel: 3 ⭐️

Alamat: 68, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sorotan: Wi-Fi percuma, Restoran, Berdekatan dengan Stesen MRT

Kadar Harga: Dari RM127 /4 jam

Tawaran Bilik di Flow: Bilik Classic (Twin/Queen)

Tempah Hotel: Hotel Bintang Collectionz

5.Hotel Butik Gold3

Hotel Butik Gold3 akan menjadi suatu pilihan yang baik kepada mereka yang ingin singgah berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan jauh ataupun untuk ‘weekend retreat’ di Kuala Lumpur. Lokasinya merupakan suatu bonus dimana anda boleh berjalan ke Pavilion Bukit Bintang, Petaling Street, KLCC dan Pasar Seni. Jarak perjalanan ke Pavilion adalah dalam 2 minit sahaja. Jika anda ingin mengambil rehat selepas perjalanan yang panjang ataupun berasa letih selepas meneroka tarikan perlancongan ataupun membeli-belah, bolehlah mempertimbang untuk menempah hotel untuk berehat beberapa jam.

Secara keseluruhanya, reka bentuk hotel ini lebih kepada minimalis dan vintaj dimana elemen utama adalah dengan gabungan kayu dan emas. Oleh itu, ia dapat meningkatkan setiap sudut hotel sambil mewujudkan suasana yang kontemporari.

Penilaian Hotel: 3 ⭐️

Alamat: Lot B5, Fahrenheit 88, 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Sorotan: Wi-Fi percuma, Lounge, Perkhidmatan concierge

Kadar Harga: Dari RM127/6 jam

Tawaran Bilik di Flow: Standard Queen | Deluxe Double

Tempah Hotel: Hotel Butik Gold3

6.Anggun Boutique Hotel and Spa Kuala Lumpur

Jika anda ingin mendapatkan pengalaman yang unik, anda boleh cuba menginap di Anggun Boutique Hotel and Spa Kuala Lumpur. Agak berlainan daripada hotel lain, reka bentuk dan hiasan luaran hotel ini dibentuk dengan gabungan elemen tradisional dan moden yang memukau. Fasad hotel ini juga mengekalkan gaya kolonial. Bagi reka bentuk dalaman pula, terdapat pelbagai perabot kayu klasik, hiasan batik dan elemen seni tempatan yang memberi suatu suasana yang tradisional dan berakar pada budaya Malaysia.

Hanya 18 bilik di hotel ini. Oleh demikian, penjagaan rapi sering dilaksanakan untuk memberi pengalaman dan keselesaan kepada tetamu. Untuk mencipta suasana tahun 60-an, tetamu dapat merasa bilik katil kayu jati buatan tangan, perabot buatan tempatan di atas lantai kayu siap mahogani yang hangat, lampu antik dan kipas siling, dan pintu bilik reka bentuk klasik dan pintu kabinet bar mini. Menempah hotel beberapa jam untuk merasai pengalaman yang unik juga berbaloikan.

Penilaian Hotel: 4 ⭐️

Alamat: Lot B5, Fahrenheit 88, 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Sorotan: Wi-Fi percuma, Perkhidmatan mel dan pos, Perkhidmatan dobi, cucian kering dan menyeterika

Kadar Harga: Dari RM130 /4 jam

Tawaran Bilik di Flow: Bilik Classic

Tempah Hotel: Anggun Boutique Hotel and Spa Kuala Lumpur

Jika anda ingin merancang untuk melawat Kuala Lumpur setengah hari ataupun sehari, anda boleh mempertimbangkan tempahan hotel sesi jam. Antara pilihan hotel adalah bertaraf dari 3 bintang ke 5 bintang. Hotel sesi jam memberi anda kebebasan dan fleksibiliti untuk memilih waktu yang sesuai dengan jadual anda.


Ulasan dan cadangan kami adalah jujur ​​dan tidak dipengaruhi oleh pampasan atau tajaan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, kami tidak menerima bayaran atau produk percuma untuk ulasan positif. Sebarang pampasan atau produk yang diterima untuk semakan akan didedahkan dalam siaran yang berkaitan.


🏩 Terokai lebih banyak hotel berdekatan


Kongsi artikel ini

Muat Turun Flow


app banner 1
Lihat lagi
Terokai Daycation di Malaysia
Tentang Flow
Terms of Use
Kaedah Pembayaran
apple pay
google pay
visa
atome
paynow
touch n go
duitnow
alipay hk
payme
discover
maestro
seven eleven
master
jcb
octopus
wechat pay
diners club
amex
union pay
tap & go
Copyright 2025
Flow Entertainment Technology Sdn Bhd (Reg. No.: 202101024998). All rights reserved.