8 Hotel Bajet Di Kuala Lumpur: Kadar Harga Serendah RM8/Jam! [2024]

Alternatif untuk berehat tetapi tidak membebankan! Terokai hotel bajet di Kuala Lumpur sekarang!


2024-05-26

By

8 Hotel Bajet Di Kuala Lumpur: Kadar Harga Serendah RM8/Jam! [2024]

Rasa bosan dan ingin mencari tempat penginapan untuk relaks, tetapi tidak mahu mengambil cuti kerja? (Tahukah bahawa anda boleh menempah hotel mengikut jam?) Kami telah senaraikan beberapa hotel bajet di kuala lumpur yang menawar bilik serendah RM8 per jam. Walaupun hanya beberapa jam, anda masih boleh menikmati kemudahan dalam hotel. Mari menikmati penginapan yang selesa dengan harga mesra yang tidak membebankan.


1. Silka Cheras Kuala Lumpur

Penilaian Penginapan: 3 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM85+ / 8 jam

Terletak di lokasi yang strategik dan berseberang dengan MRT Stesen Taman Connaught, Silka Cheras juga bersebelahan dengan Cheras Sentral, sebuah bangunan membeli-belah. Selain daripada bilik yang selesa, ia juga menyediakan kemudahan seperti bilik mesyuarat, bilik jamuan dan kafe.

Dengan harga yang mesra, suasana hotel yang strategik dan selesa, anda boleh memilih hotel ini sama ada untuk berehat atau bekerja.

Sorotan:

  • Berdekatan dengan pengangkutan awam: Stesen MRT Taman Connaught
  • Bersebelahan dengan Pusat Beli-Belah Cheras Sentral
Silka Cheras Kuala Lumpur

πŸ“ Lokasi: No 100, Jalan Cheras, Phoenix Business Park, Cheras, Federal Territory of Kuala Lumpur, 56000

Kadar harga: Dari RM85 / 8 jam

πŸ›‹οΈ Tempah hotel: Silka Cheras Kuala Lumpur

2. Hotel Ceria Bukit Bintang

Penilaian Penginapan: 3 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM60+ / 8 jam

Jika lokasi merupakan antara faktor untuk memilih penginapan, Hotel Ceria patut di dalam pilihan anda. Terletak di pusat bandar seperti Bukit Bintang, ia amat berdekatan dengan Pusat membeli-belah seperti Berjaya Times Square dan juga LaLaport. Terdapat juga banyak restoran makanan, sesuai untuk β€˜food lovers’.

Reka bentuk dan gaya hotel ini lebih kepada kontemporari. Setiap bilik dihiasi dengan sentuhan moden dan pengunaan warna perabut telah mewujudkan persekitaran yang anggun dan selesa kepada tetamu hotel. Jika anda merupakan individu yang suka update sosial media akaun, bolehlah tangkap gambar OOTD ataupun POTD dekat hotel lobi mereka. Konsep hiasan juga sangat menarik!

Sorotan:

  • Terletak di Pusat Bandar
  • Berhampiran dengan LaLaport Bukit Bintang, Berjaya Times Square, dan Lot 10
Hotel Ceria Bukit Bintang

πŸ“ Lokasi: 270, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kadar harga: Dari RM60 / 8 jam

πŸ›‹οΈ Tempah hotel: Ceria Hotel Bukit Bintang

3. Hotel Travelodge Chinatown

Penilaian Penginapan: 3 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM99+ / 8 jam

Antara tempat yang paling terkenal di Kuala Lumpur adalah pusat Chinatown dimana lokasinya menawar pilihan makanan yang banyak dan merupakan tempat yang kaya dengan seni dan budaya. Ramai orang tempatan dan pelancong akan mengunjungi tempat tersebut terutama pada hujung minggu. Jika anda ingin menjimatkan masa untuk merancang pengaturan aktiviti, cubalah Hotel Travelodge Chinatown. Bersebelahan dengan LRT Pasar Seni dan lebih kurang 600 meter ke Dataran Merdeka sahaja.

Sama ada anda bersendirian ataupun berpasangan, anda boleh mengambil kesempatan untuk berehat , menikmati hotel pengalaman yang harga mesra dan berkualiti walapun hanya beberapa jam.

Sorotan:

  • Berhampiran dengan Dataran Merdeka dan Pasar Seni
  • Berhampiran dengan kedai makanan seperti Kafe Niko Neko Matcha dan Restoran Mee Tarik
Hotel Travelodge Chinatown

πŸ“ Lokasi: 7, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kadar harga: Dari RM99 / 8 jam

πŸ›‹οΈ Tempah hotel: Hotel Travelodge Chinatown

4. Hotel Gold 3 Boutique

Penilaian Penginapan: 3 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM127+ / 6 jam

Menerima 4 bintang dalam ulasan Google, Hotel Gold 3 Boutique dikatakan merupa antara hotel bajet yang menarik disebabkan keunikan reka bentuk luaran hotel. Terdapat juga banyak ulasan baik mengenai kakitangan hotel ini. Perkhidmatan yang baik akan membawa penginapan pengalaman yang baik sepanjang masa, biarpun beberapa jam sahaja.

Jika anda merupakan seseorang yang suka meneroka bandar-bandar, lokasi hotel ini amat sesuai. Dengan berjalan kaki, anda boleh sampai ke Jalan Alor ataupun Pavilion Kuala Lumpur dalam 5-8 minits. Antara makanan yang mesti mencuba adalah Nasi Lemak Jalan Alor (dimiliki orang muslim), kepak ayam Wong Ah Wah (tak halal), Boleh Seafood Pot Jalan Alor (halal) dan lain-lain.

Sorotan:

  • Bersebelahan dengan Lot 10 dan Pusat Beli Belah Fahrenheit88
  • Kemudahan awam dan akses yang mudah
Hotel Gold 3 Boutique

πŸ“ Lokasi: Lot B5, Fahrenheit 88, 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Kadar harga: Dari RM127 / 6 jam

Tempah hotel: Hotel Gold 3 Boutique

5. Hotel MS Boutique

Penilaian Penginapan: 3 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM75+ / 8 jam

Walaupun lokasi Hotel MS Boutique tersembunyi di antara lorong bandar, tetapi tawaran bilik hotel bajet ini tidak menjadi isu kepada tetamu hotel. Penginapan ini terletak berhampiran dengan Masjid Jamek. Oleh itu, kawasan ini mempunyai lebih ramai komuniti berbangsa India.

Hotel ini kelihatan tidak besar, tetapi bilik yang ditawarkan agak luas dan dilengkapi dengan perabot yang moden dan kemas.

Sorotan:

  • Harga berpatutan
  • Kemudahan yang lengkap
Hotel MS Boutique

πŸ“ Lokasi: 89, Jalan Medan Bunus, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kadar harga: Dari RM75 / 8 jam

πŸ›‹οΈ Tempah hotel: Hotel MS Boutique

6. Hotel V Garden

Penilaian Penginapan: 2 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM50+ / 4 jam

Jika anda ingin mencari hotel bajet di Cheras, berhampiran dengan pudu, admin cadangkan Hotel V Garden yang berhampiran dengan Pusat beli-belah seperti Aeon Maluri Cheras, Sunway Velocity dan MyTown. Anda mungkin pernah tinggal di hotel yang moden dan kontemporari. Apakah rasa dan pengalaman untuk tinggal di hotel yang dihiasi dengan bunga- bunga? Bestkan! V garden merupakan antara hotel bajet yang boleh dipertimbangkan.

Terdapat kelemahan bagi hotel ini iaitu kesusahan untuk mendapat tempat kereta. Jangan risau, terdapat perkhidmatan tempat kereta di hujung jalan. So, anda boleh meletak kereta dengan bayaran yang ditentukan. (lebih kurang RM6 sekali masuk)

Sorotan:

  • Espresso di kafe sedap!
  • Harga mesra
Hotel V Garden

πŸ“ Lokasi: 21, Jalan Pudu Ulu, Taman Pertama, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kadar harga: Dari RM50 / 4 jam

πŸ›‹οΈ Tempah hotel: Hotel V Garden

7. Hotel Lazdana

Penilaian Penginapan: 3 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM59+ / 8 jam

Walaupun hanya 3 bintang, tetamu hotel masih boleh menikmati kemewahan dan keselesaan di Hotel Lazdana. Terletak di Jalan Putra, bangunan ini amat berdekatan dengan Pusat beli-belah Sunway Putra dan juga Pusat World Trade Kuala Lumpur. Sama ada untuk temu janji ataupun lawatan, anda masih boleh menempah hotel mengikut jam di Hotel Lazdana yang bermula dari 4 jam dan seterusnya. Lobi hotel sangat besar dan dihias dengan lampu candelier yang besar dan berkelip.

Sorotan:

  • Berhampiran dengan Pusat beli-belah Sunway Putra dan Pusat World Trade KL
  • Harga mesra
Hotel Lazdana

πŸ“ Lokasi: 61, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kadar harga: Dari RM59 / 8 jam

πŸ›‹οΈ Tempah hotel: Hotel Lazdana

8. Hotel Suwara Kepong

Penilaian Penginapan: 3 ⭐️ | Kadar kira jam dari RM50+ / 4 jam

Jika anda ingin mencari hotel bajet berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah untuk berehat beberapa jam, boleh mempertimbangkan Hotel Suwara Kepong. Terletak di kawasan rumah, ia mengambil masa kira-kira 30 minit panduan ke Lapangan Terbang tersebut. (lebih kurang 25KM) Tahukah anda bahawa hotel ini menawar Netflix di setiap bilik dan sejadah di semua bilik?! So thoughtful kan!

Terdapat juga banyak kedai makanan di persekitaran hotel ini. Jadi, biarpun nak relaks, perut anda juga perlu dijaga!

Sorotan:

  • Perkhidmatan pelanggan yang baik
  • Setiap bilik ada Netflix
Hotel Suwara Kepong

πŸ“ Lokasi: 6 Off, 19, Jalan 4/32, Jln Kepong, Batu, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Kadar harga: Dari RM50 / 4 jam

πŸ›‹οΈ Tempah hotel: Hotel Suwara Kepong


Terdapat banyak hotel bajet di Kuala Lumpur. Tetapi antara hotel bajet yang mana dapat menawar perkhidmatan dan kemudahan yang memenuhi keperluan anda. Dengan Flow, kami berhasrat untuk menawarkan fleksibiliti dalam tempahan kepada pengguna kami.

πŸ’‘ Soalan Lazim (FAQ) | Tentang Flow


Our reviews and recommendations are honest and not influenced by compensation or sponsorship. Unless stated otherwise, we do not receive payment or free products for positive reviews. Any compensation or products received for reviews will be disclosed in the relevant post.


Kongsi artikel ini

Muat Turun Flow


app banner 1