8 App Cari Jodoh Terbaik di Malaysia [2024]

Biarkan cinta berputar di dalam app cari jodoh! Temui orang baru, bina hubungan, dan cipta kisah cinta anda sendiri.


2024-05-20

By

8 App Cari Jodoh Terbaik di Malaysia [2024]

Dengan begitu banyak aplikasi cari jodoh yang tersedia, pernahkan anda terfikir yang mana patut dicuba, mempunyai kadar padanan yang rendah ataupun yang mempunyai scammer yang banyak? Dibawah, kami telah senaraikan beberapa App atau portal cari jodoh yang paling popular di Malaysia berserta dengan reviewnya.

Walaupun aplikasi-aplikasi ini mungkin popular, adakah mereka sebenarnya memberikan anda padanan? Mari kita lihat cara terbaik untuk berkenalan dengan orang baru di Malaysia!

Tinder – App Cari Jodoh Paling Popular di Dunia

Tinder 交友 App

Tinder, aplikasi cari pasangan yang paling popular di dunia, tidak memerlukan pengenalan, termasuk di kalangan rakyat Malaysia. Ini adalah platform utama untuk bujang di seluruh dunia dengan berjaya mendapat 5.5 bilion padanan. Proses pendaftaran Tinder amat ringkas dan tidak perlu mengisi terlalu banyak maklumat peribadi. Untuk individu yang ingin mencari hubungan pasangan yang serius, maklumat profil yang terhad mungkin tidak mencukupi. Bagi pengguna berumur lebih 30 tahun, harga pelan keahlian premium adalah lebih tinggi. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menikmati sehingga 100 padanan percuma setiap hari.

Review pengguna Tinder di Trustpilot:

"It's already hard enough to get a decent match. Full of fake women. But the latest feature is the most ridiculous thing ever: You have 2 days to send/reply your matches, after that your matches EXPIRES!!! Even after paying the most expensive subscription..."

Hinge – App Cari Jodoh Viral TikTok

Hinge 交友App
Photo: Bloomberg

Hinge, aplikasi cari pasangan dari TikTok, adalah pilihan yang ideal untuk Malaysian yang ingin mencari “long-term relationships”. Hinge lebih mengutamakan “personalized approach” dengan memadankan pengguna berdasarkan preferences tersendiri. Oleh demikian, proses penyaringan yang teliti akan dijalankan semasa pendaftaran akaun. Hinge juga menggalakkan kualiti berbanding kuantiti dimana pengguna harus memuat naik sekurang-kurang 6 gambar dengan jumlah “like” sehari adalah 10 sahaja. Walaupun Hinge tidak begitu popular di Malaysia, namun is tetap berbaloi untuk dicuba bagi individe yang ingin mencari jodoh yang serius.

Review pengguna di Trustpilot:

"Better than most other similar apps. I like that you don't have to do the whole swiping nonsense before being able to speak to someone. It gives aesthetically challenged people such as me a bit more of a chance!"

OkCupid – OG dalam Online Dating

okcupid交友app

OKCupid, laman cari jodoh yang terkenal di Malaysia, memperolehi pelbagai pengguna aktif yang datang dari etnik dan latar belakang yang berbeza. Bagi individu yang ingin mencari pasangan berlainan etnik, boleh explore OKCupid. Untuk mencapai minat bersama dan keserasian yang tinggi dalam padanan, pengguna perlu membuat pengesahan nombor telefon serta menjawab beberapa soalan terperinci semasa pendaftaran. Jika anda ingin mendapat lebih banyak cadangan dalam pencarian hubungan, trylah aplikasi cari jodoh ini. Setiap padanan yang dicadangkan adalah berkualiti dan menurut tawaran profil pengguna .

Review pengguna di Trustpilot:

"This website is a hit and miss. I encountered some genuinely nice guys here and went on a few dates, but unfortunately, those connections didn't progress into anything more. On the other hand, there are numerous individuals on this platform who are solely interested in casual hookups or wasting their time sending explicit photos to women."

Coffee Meets Bagel – App Cari Jodoh Berfokus Wanita

coffee meets bagel 交友app

Antara aplikasi pasangan yang amat dikenali di Malaysia adalah Coffee Meets Bagel! Pengguna wanita merupakan antara pengguna majoriti dalam aplikasi ini. Selain daripada padanan yang berkualiti tinggi, pengguna wanita juga diberi keutamaan dari segi pengalaman dan keselesaan. Mesej yang tak diundang akan dipadamkan. Dalam aplikasi ini, terdapat “Lunchtime” iaitu ciri istimewa yang berfungsi untuk membantu pengguna mendapat lebih banyak cadangan padanan. Untuk Malaysian yang ingin mencari pasangan, atau hubungan asrama, boleh bagi cuba sikit.

Review pengguna di Trustpilot:

"I just started using Coffee Meets Bagel a few weeks ago, and I've met such high-quality men who are serious and genuinely seeking a long-term relationship. It's so exciting to encounter such nice individuals. I've tried other apps, but they didn't have the same caliber of people. I am really pleased with my experience so far! We'll see what happens! :)"

Paktor – App Cari Jodoh dari Singapura

Paktor

Berasaskan di Singapura pada tahun 2013, Paktor membezakan dirinya daripada aplikasi cari jodoh lain dengan ciri-ciri unik yang direka khas untuk pengguna Asia. Pengguna boleh menetapkan latar belakang budaya, tradisi, dan minat mereka untuk menunjukkan identiti dan berpadan dengan individu yang mempunyai pemikiran yang seiras. Ciri “Shake to chat” membolehkan padanan segera dengan pengguna berdekatan yang menggoyangkan telefon mereka secara serentak. Paktor juga menawarkan sistem “Paktor Points,” yang menawarkan ganjaran untuk aplikasi dan aktiviti. Aplikasi ini turut memperkenalkan offline rangkaian sosial. Meskipun begitu, ramai pengguna melaporkan kekangan fungsi percuma aplikasi ini, dan sistem pembayaran sering menghadapi masalah teknikal.

Review pengguna di Google Play:

"Everything is hidden behind a paywall. The app is crippled unless you pay money, and it's laden with dark patterns that prey on your emotions to compel you to make payments. You receive random chat requests, but chatting requires payment."

Badoo – App Cari Jodoh yang Menekankan Keautentikan

Badoo – Unfiltered Dating App

Jika anda ingin mencari pasangan dengan individu dari seluruh dunia, cubalah Badoo. Ia merupakan sebuah aplikasi cari pasangan yang tidak disaring. Melalui aplikasi ini, ia membenarkan anda berinteraksi dengan individu baru tanpa sekatan dan bestnya adalah mereka datang dari pelbagai latar belakang dan budaya. Perbezaan ini dapat memberi pengalaman berinteraksi yang baru dan menarik. Namun, Badoo telah menerima beberapa laporan tentang “swipes” yang terhad, iaitu pengguna hanya dapat lebih kurang 3-4 swipes dalam sejam dan diminra untuk membeli premium pakej.

Review pengguna di App Store:

"There is so many paywalls to talk to someone. Meanwhile they allow fake profiles so you don’t feel like there’s not enough people on the app."

Tan Tan – App Cari Jodoh Paling Popular di Kalangan Cina

Tan Tan – Biggest Chinese Dating App

Tan Tan 探探, aplikasi cari pasangan Cina yang ditubuhkan pada tahun 2014, dengan cepat menjadi popular dan kini dianggap sebagai komuniti bujang Asia terbesar di dunia. Menurut kumpulan Facebook tidak rasmi yang dipanggil “Tantan Confessions Malaysia,” aplikasi ini sangat popular di Malaysia, terutamanya di kalangan komuniti Cina. Di sini, pengguna boleh berkongsi cerita pengalamannya dalam talian secara senyap, baik ataupun buruk. Memandangkan majoriti pengguna Tan Tan di Malaysia bertutur dalam Bahasa Cina, kemungkinan sesetengah daripada mereka masih memegang kepada nilai traditisional Cina. Walaubagaimanapun, dengan memahami padangan mereka dapat meningkatkan peluang anda untuk mencari pasangan yang sesuai.

Review pengguna di Google Play:

"It's quite good, although there are many inactive users and numerous fake profiles. However, I've managed to get genuine matches and even went on a date."

Omi – App Cari Jodoh Popular di Kalangan Remaja

Omi – Singapore-Born Personality Dating App

Omi merupakan aplikasi cari jodoh pilihan utama dalam kalangan dewasa muda dan remaja. Bermula pada tahun 2018, ia menawar pengguna pencarian pasangan, persahabatan dan pertemuan santai. Omi amat memberi keutamaan terutamanya dalam bahagian keselamatan dimana mereka mengguna pengesahan melalui gambar dan pengenalan muka AI. Dengan menggunakan algoritma data besar yang canggih, Omi berusaha untuk mencari padanan terbaik untuk pengguna. Ia juga menggabungkan pelbagai elemen ujian personaliti, seperti MBTI dan kuiz mini interaktif, di mana padanan perlu menjawab tiga soalan untuk memulakan perbualan, memastikan keserasian dan menambah keseronokan. Namun, pengguna melaporkan bahawa Omi adalah aplikasi yang lebih cenderung kepada ‘pay-per-play‘, dengan padanan terhad yang diberikan kepada pengguna percuma.

Review pengguna di Google Play:

"Unlimited swipes are available, but to be matched with others, you have to pay a monthly fee. It's kind of different from other dating apps where you have limited swipes but can still chat when matched. It does have a nice zodiac compatibility feature."

Bumble – App Cari Jodoh dimana Wanita Lebih Berinisiatif

Bumble – Women-Led Dating App
Photo: Bumble Official Website

Kebanyakkan aplikasi ataupun aktiviti harian, lelaki merupakan golongan yang akan mengambil inisiatif dahulu sama ada dalam perbualan ataupun tindakan. Di Bumble pula, keyakinan yang diberi kepada pengguna wanita telah menggalakkan mereka untuk mengambil inisiatif dahulu dalam permulaan sesuatu perbualan ataupun interaksi dengan padanan potensial. Selain itu, Bumble mempunyai suatu fungsi dimana ia akan mencadang padanan yang berdekatan dengan anda. Walau bagaimanapun, pengguna harus membenarkan akses lokasi semasa pendaftaran. Untuk pengguna yang ingin mencari pasangan di luar Kuala Lumpur, fungsi ini amat membantu ya.

Review pengguna di Google Play:

"Sometimes the location doesn't seem to work correctly, but overall I have had positive experiences. I've met some of my best friends through bumble!"

Alternatif Baru untuk Berkenalan di Malaysia

More Ways to Meet People in Malaysia

1) Telegram & Facebook Groups

Jika hendak mencari seseorang yang memperolehi minat yang sama, ia lebih muda untuk didapati di kumpulan berfokus di media sosial disebabkan hobi yang seiras. Kumpulan-kumpulan ini sering mengatur pertemuan berkala seperti kelab buku atau sesi kopi untuk pertemuan baru. Jika anda tiada hobi ataupun tidak suka berinteraksi, bolehlah cuba membaca. Selain tidak membazir masa, ia juga menambah ilmu anda. (Lihat BookTok!)

2) Cari Jodoh di Facebook

Facebook menawarkan perkhidmatan cari jodoh dalam talian yang dikenali sebagai “Facebook Dating“. Seperti App dating lain, ia membenarkan anda mencipta profil cari jodoh melalui aplikasi Facebook. Walaupun aplikasi ini tidak sepopular seperti Bumble atau Tinder, ia telah diperkenalkan dalam pasaran terpilih, termasuk Malaysia. so, boleh cubalahh.


Tips Untuk Dating Online

Online Dating Safety Tips

1) Reverse Image Search

Reverse Image Search menggunakan gambar sebagai kriteria carian untuk mencari maklumat mengenainya. Oleh itu, anda boleh menggunakan platform ini untuk menjalankan carian pada gambar profil pasangan anda. Seringkali, anda boleh menentukan sama ada mereka menggunakan gambar yang dicuri dalam laman lain atau model luar negara. Ini merupakan antara amalan penipuan dalam talian yang biasa.

2) Gunakan Aplikasi Mesej Selamat

Kami faham bahawa beberapa aplikasi cari jodoh membataskan ciri perbualan percuma. Walau bagaimanapun, secara umumnya adalah tidak digalakkan untuk memindahkan perbualan dari aplikasi sebelum berjumpa secara langsung disebabkan risiko penipuan. Oleh itu, anda boleh mengguna aplikasi mesej seperi Telegram yang tidak mendedahkan nombor telefon anda jika ingin meneruskan perbualan di luar aplikasi.

3) Jangan Pergi ke Tempat Lain!

Sentiasa berjumpa dengan pasangan anda di tempat awam dan jangan setuju untuk pergi ke tempat kedua kecuali anda yakin pada pasangan tersebut. Bagi wanita, kemungkinan akan menghadapi risiko serangan, manakala lelaki akan menghadapi risiko yang berlainan. Sesetengah individu, terutamanya yang mengaku sebagai ‘usahawan,’ sering mengajak pasangan ke seminar. Yang baik, is hanya membazir masa anda manakala yang teruk, anda kemungkinan besar akan terlibat dalam skim pemasaran peringkat berganda tanpa sedar. So, utamakan keselamatan anda dan jaga-jaga sikit.


Kongsi artikel ini

Muat Turun Flow


app banner 1