Hubungi Kami
Sila lengkapkan item di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang kami boleh bantu.
Topik Berkaitan
Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan?
1. Pilih hotel/ruang kerja dan slot masa yang anda inginkan.
2. Isi maklumat peribadi anda (cth. Nama & nombor telefon bimbit) dan lengkapkan proses bayaran dengan kad Visa, Mastercard atau American Express, atau kaedah pembayaran mudah alih yang lain.
3. Pergi ke laman Pesanan untuk melihat butiran tempahan anda. (Kebanyakan hotel/ruang kerja di Flow menawarkan pengesahan segera; hanya sesetengah tempahan sahaja akan disahkan dalam aplikasi dalam masa 30 minit)
What are the payment methods?
You can use any of the payment methods below to process your bookings in our app:
• MasterCard
• Visa
• Discover
• JCB
• Maestro
• Diners
• UnionPay
• Apple Pay*
• Boost
• FPX
• ShopeePay
• Touch`n GO
* Only applicable to mobile app.
Bolehkah saya membatalkan tempahan saya?
Flow faham bahawa tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Sesetengah hotel menawarkan dasar pembatalan penuh dalam tempoh pembatalan tertentu (biasanya terpakai bagi tempahan per jam atau setengah hari sahaja, bukan semalaman).
Untuk maklumat mengenai dasar pembatalan, sila rujuk laman tempahan setiap ruang untuk butiran lanjut.
Sila pilih tempahan anda
Bolehkah saya mengubah suai tempahan saya?
Buat masa ini, kami tidak membenarkan pengubahsuaian pada sebarang tempahan, kecuali pihak peniaga gagal untuk menyediakan ruang tersebut. Anda digalakkan untuk menyemak butiran tempahan sebelum membuat pembayaran.
Pemulangan wang
Selepas kami memproses pemulangan wang, ia mungkin akan mengambil masa sehingga 12 hari untuk bank mengkredit wang tersebut ke akaun anda, dan sehingga 2 kitaran pengebilan untuk kredit tersebut dipaparkan dalam penyata anda.
Adakah tempahan saya telah disahkan?
Anda boleh merujuk ke tab Rekod Tempahan untuk menyemak statusnya, ia akan mengambil masa tidak melebihi 30 minit untuk peniaga mengesah/menolak tempahan anda.
Bagaimanakah saya melakukan Check-in?
Tunjukkan Kad Pengenalan anda (atau pasport jika anda warga negara asing), kod pengesahan tempahan & bayar deposit (jika perlu) di kaunter penerimaan tetamu.
Berapakah jumlah deposit yang dikenakan?
Sesetengah hotel mungkin meminta deposit daripada pelanggan dan ianya adalah amalan standard dalam industri perhotelan. Ia biasanya berjumlah antara HK$500 hingga HK$1000.
Bilakah deposit saya akan dikembalikan?
Wang deposit anda akan dikembalikan semula sepenuhnya kepada anda apabila anda check out, ditolak kos sebarang item yang anda ambil dari bar mini atau lain-lain caj yang terkumpul sepanjang tempoh anda menginap.
Selepas saya membuat pembayaran menggunakan PayMe, mesej rekod tempahan tidak dijumpai / tempahan tidak dapat diselesaikan / ralat muncul.
Jangan bimbang. Jumlah yang dicaj dalam mana-mana tempahan yang tidak lengkap akan dikembalikan semula sepenuhnya ke akaun PayMe anda dalam masa 5 minit.
Sebab-sebab kegagalan tempahan PayMe adalah seperti berikut:
1. Menerima panggilan semasa transaksi sedang diproses
2. Menutup atau keluar dari Aplikasi PayMe tanpa menyelesaikan transaksi
Proses tempahan yang biasa bagi PayMe adalah seperti berikut:
1. Selepas daftar keluar (checkout) di Flow, ia akan pergi ke Aplikasi PayMe
2. Tunggu Aplikasi PayMe memproses bayaran (tolong JANGAN tutup Aplikasi PayMe atau menekan sebarang butang semasa menunggu)
3. Selepas proses pembayaran selesai, PayMe akan pergi semula ke Flow secara automatik (kadangkala PayMe mungkin mengambil masa sehingga 1 minit untuk memproses sebelum pergi semula ke Flow, diharap anda bersabar!)
4. Flow memaparkan laman Pengesahan Tempahan
Sila pastikan anda mengikuti proses tempahan di atas apabila anda membayar melalui PayMe.